Sunday, January 23, 2011

program realiti

0 comments

Boleh diusulkan kepada TV3,8TV,NTV7, ASTRO atau RTM..
1. Who will become an Ustaz
  Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji
ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,menunaikan
sembahyang sunat, azan dan lain lain...
Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton
yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji
percuma.
2. Akademi Islamiah
 Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup
islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang
telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan
menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan
mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka.
Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.
3. Muslim Idol
 Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang
dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat
seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms.
Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.
4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk
program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid
dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan
mendapat cahaya nur Quran.
5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama
samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang
berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong
Islam.
" sesungguhnya mata yang tidak pernah menangis takutkan Allah dan neraka itu
adalah disebabkan oleh hati yang beku"(pEacE tO bE In ISLAM)
 

0 comments:

Post a Comment