Thursday, January 27, 2011

Bangkit Menuju Revolusi Islam

0 comments


Mengapa rakyat TUNISIA  bangkit
  • Sejarah telah mencatatkan bahawa 30,000 aktivis gerakan Islam yang dianggapnya sebagai pembangkang telah di penjarakan.
  •   Ben Ali terkenal dengan sikap anti Islamnya di masa pemerintahannya di mana jilbab dilarang dipakai di tempat awam manakala aktivis yang memperjuangkan syariah dan Khilafah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.Pada tahun 1980-an dan 1990-an Ben Ali telah mengeluarkan peraturan-peraturan yang lebih ketat termasuk hukum 102 yang terkenal, yang menganggap jilbab adalah "tanda ekstremisme" dan dilarang.
  • Masjid hanya dibuka sesaat sebelum waktu salat dan ditutup segera setelah salat ditunaikan. Jamaah Muslim juga dilarang menunaikan solat di masjid-masjid  
  • Ben Ali amat terkenal sebagai pemimpin yang telah merubah umat Islam Tunisia menjadi masyarakat liberal ala Perancis yang menjadi tuannya.

  • membantah polisi kerajaan yang tidak dapat mengadakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.
  • Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.


Siapakah Presiden Zine al-Abidine Ben Ali  

Jenderal Zine El Abidine Ben Ali yang lahir di Hammam-Sousse pada 3 September 1936, merupakan Presiden Republik Tunisia sejak 7 November 1987 dan presiden yang kedua sejak kemerdekaannya dari Perancis pada 20 Mac 1956.


Sejarah Tunisia

Tunisia sebelum ini di perintah oleh presiden Habib Bourgiba yang tidak kurang kediktatorannya berbanding Ben Ali. Borguiba yang bukannya pemimpin popular (di hati rakyat) telah berkuasa selama 30 tahun sebelum ‘dipaksa’ meletakkan jawatan. 

Sebaik keluar dari mulut buaya, rakyat Tunisia kemudiannya telah masuk pula ke mulut harimau di bawah pimpinan Ben Ali selama 23 tahun. 

Sesungguhnya Ben Ali hanyalah lingkungan ‘orang dalam’ di dalam pemerintahan Borguiba. Demikianlah apa yang terjadi kini, Perdana Menteri Ghannouchi, juga adalah dari lingkungan ‘orang dalam’ Ben Ali, yang hanya akan menggantikan Ben Ali, namun akan tetap melanjutkan pemerintahan kuku besi yang sekular.
Apa yang berlaku cumalah pertukaran ‘wajah’ pemimpin, bukan sistemnya, ibarat Bush yang diganti oleh Obama.

 Ben Ali telah cabut lari dan di gelar sebagai seorang pengecut. Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi tampil di TV dan mengumumkan bahawa dialah yang kini menjalankan pemerintahan.Ben Ali telah Berjaya digulingkan dengan aura kebangkitan gerakan-gerakn islam dan gerakan rakyat yang mahukan keadilan.Maka apakah islam akan terus menguasai TUNISIA?

Siapakah Uqbah ibnu nafiq’?
Antara figura hebat yang perlu kita kagumi kerana telah berjaya membawa islam di BUMI TUNISIA.
 Uqbah  telah membawa misi Islam ke utara Afrika sehingga sampai ke Lautan Atlantik. Maka ketika itu TUNISIA mendapat syiar islam

Antara laungan dan ucapan Uqbah:

·         ‘Seandainya aku tahu di seberang sana ada daratan, pasti akan ku harungi ombak lautan ini untuk ke sana (dan membebaskannya)!’ 

·         “Ya Allah, jika tidak kerana lautan yang menghalang aku, nescaya akanku persiapkan pasukan armadaku untuk menyebarkan kalimat agung taiyibahMu, akanku mara demi menegakkan syiar Islam nun di kerajaan barat. Akanku satukan semua empayar-empayar di bawah panji yang mulia ini jua akan ku perangi kumpulan yang ingkar untuk menerima mesej suci untuk mengesakan Engkau Ya Allah.”

·         “Jika lautan yang luas tidak mampu kami redahi, masih ada bumi yang belum menerima keindahan ajaran yang mulia ini. Ayuh! Kita teruskan juga perjuangan kita.”

Kebangkitan islam di LUBNAN

Saad Hariri bersama Obama

Kebangkitan islam tidak berlaku di situ sahaja  suasana di Timur Tengah iaitu di Lubnan telah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet yang disertai blok Hizbulllah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.

Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.

Kebangkitan islam di MESIR

anak muda di Mesir  cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di  negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.


Rakyat telah berdemonstrasi

Dalam sejarah Mesir, demonstrasi itu adalah yang terbesar sejak Mubarak menggantikan Anwar Sadat pada 1981.
 Peristiwa itu pun kemudian menyebar melalui jejaring sosial Facebook dan Twitter. Bahkan, gerakan Sixth of April Youthmenyeru kepada rakyat Mesir agar kembali turun ke jalan pada hari ini.


0 comments:

Post a Comment