Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri
penghidupan tapi
tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu
iaitu Allah
Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka
bertasbihlah segala
apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali
jin dan
manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang
diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2
kebaikan namun merasa
tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang
yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan
tidak akan
menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering
merasa tenang dengan
kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya
ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan
kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di
dalam hatinya
akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang
berat
lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu
membaca dan
meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran
daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
pengajaran
yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi
rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha
dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah
orang-orang yang
sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan
menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada
dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap
untuk hari
kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang
akhirat kekal
abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya
berusaha sekuat
tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah
orang-orang yang
senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapa kah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
tidak
memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu
perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak
sembahyang kerana
hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan
seorang itu
meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid
dan kedua ketika
ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang
menyangka bahawa
kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati
membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya
akan di
perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.
Cukuplah Allah bagiku
10 years ago
0 comments:
Post a Comment