Showing posts with label Mutiara untuk Diari 2011. Show all posts
Showing posts with label Mutiara untuk Diari 2011. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Mencari permata Murabbi (4)

0 comments

Kisah anak murid ini terus berlalu..
  
Si anak ini terus melangkah ke hadapan mencari permata yang masih ada lagi di persisiran pantai dan jalanan.
Angka 3 membuatkan si anak murid ini menggeletar seketika dan sedikit perasaan yang mengelisahkan..3 tahun si anak muda ini telah di kecewakan oleh seorang teman yang bernama “pengajian”.kehidupan 3 tahun yang telah berlalu seolah-olah tiada apa-apa nilai di sisi anak murid ini.Insan ini seperti mayat yang mati di hidupkan semula.Dia amat mengerti segala kefanakan dunia yang dia telah tempuhi dan mahu membuka lembaran baru.

Penghijrahan

Si anak muda ni telah berhijrah ke sebuah kota yang bernama Naili.kota ini telah memberikan citra warna yang berbeza dengan kehidupan si anak murid ini.Si anak murid ini terus mencetus mahu dan semangat ingin tahu apakah sebenarnya ciri-ciri seorang pemimpin yang ketiga iaitu berwibawa.Sedang termenung di persisiran pantai si anak murid ini telah terserempak dengan seorang pak cik tua bernama pak subky.Mereka telah berbual hampir 2 jam 30 minit.sedang rancak berbincang soal-soal agama dan masyarakat ummah pak subky ada menyelitkan beberapa tokoh negarawan yang sangat hebat yang perlu si anak murid ini contohi.

Antara figura yang di sebut oleh pak subky ini ialah Prof Zulkifli Mohammad dan Dr Burhanuddin Al-helmi.Satu persatu nilai ketokohan figura-figura itu di sebut.

“Prof Zul sangat hebat orangnya nak..dia orang yang mendapat tarbiyah direct dengan tokoh gerkan islam yang tersohor iaitu imam hasan al banna dan syed Qutub..Prof Zul ni bila dia tengok orang tak siapkan kerja dia akan marah orang itu tidak kira siapa pun pangkat dia..prof zul amat ”

“Dr Burhanuddin ni ada 3 helai pakaian sahaja..die seorang yang sufi dan zuhud..dia tak banyak bercakap..tetapi dia mempunyai ketokohan yang hebat”

Mereka berdua ini selalu titik beratkan soal disiplin..Si anak murid ini sangat kagum dengan kisah yang di ceritakan oleh pak subky ..banyak input yang dia peroleh hasil perbincangan itu.


Angin sepoi-sepoi menyepikan lagi suasana si anak muda ini.waktu senja semakin menghampiri..sambil memandang terbenamnya matahari si anak murid ini teringat sepucuk surat yang di berikan oleh emaknya untuk bekalan ketika penghijrahan ke kota Naili.

“bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang berwibawa ini wahai anakku..emak selitkan kepada kamu ucapan-ucapan nasihat ini supaya engkau terus mencari permata yang engkau idam-idamkan itu”



Nasihat Luqman Al Hakim

"DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui perjalanannya supaya tidak tenggelam. Kiasan itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini.

Katanya: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat."

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. "Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.

"Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu."

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku. Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat, sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.


si anak muda ini terus meninggalkan pantai itu..bersambung..

Thursday, January 6, 2011

Mencari permata Murabbi (3)

0 comments
.
Selepas terjaga dari mimpi ,pelajar itu termenung panjang dan meneruskan kehidupannya untuk mencari jawapan mengapa ciri pemimpin kedua ialah berilmu?

CIRI PEMIMPIN (BERILMU)

“ tidak sepatutnya bagi mukmin itu pergi semuanya(ke medan perang).mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”(surah Al-taubah 9:122)

Sebagai seorang pemimpin kita perlu menguasai ilmu dan juga memberikan peringatan dalam hal-hal kehidupan agar tidak terjebak dalam kesilapan dosa yang dimurkai
Jika diteliti ayat Al-Quran diatas Allah tidak menggunakan kalimah Ta'aalum (belajar) tetapi tafaqquh iaitu menguasai ilmu maka amat penting bagi seorang pemimpin menguasai ilmu sebagai senjata untuk melawan musuh. Jika diteliti bagaimana suatu revolusi itu dapat berlaku bermula dengan ilmu dan pemikiran, sepertimana  yang berlaku di india telah menjadi nota sejarah.

KAEDAH REVOLUSI ISLAM DI INDIA

 
Tidak mungkin sepohon pokok mempelam yang dari kecil hingga besar sebagai mempelam akan membuahkan mangga. Sesebuah negara Islam di india tidak akan wujud dengan tiba-tiba seperti mu'jizat (miracle); ia mesti dilahirkan melalui satu pergerakan permulaan yang berasaskan pandangan hidup,ideal(ilmu), taraf akhlak, dan sifat-sifat serta semangat yang selaras dengan Islam.

Tanpa penat-lelah, mereka mesti membentuk sikap mental dan sikap semangat akhlak yang sama kepada rakyat dan di atas asas kecenderungan akhlak dan intelek yang dibentuk, mereka mesti membina satu sistem pendidikan untuk melatih dan menggemburkan rakyat jelata ke corak kehidupan Islam. 

PENGUASAAN ILMU 

  
Sistem ini akan mengeluarkan saintis-saintis Islam, ahli falsafah Islam , ahli sejarah Islam , ahli ekonomi dan pakar kewangan Islam, juri dan politikus Islam pendeknya, di setiap bidang mesti ada orang-orang yang berideologi Isam dan telah betul-betul bersemangat, orang-orang yang berkebolehan membina satu sistem yang lengkap berkenaan cita-cita dan kehidupan praktik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam dan mempunyai cukup tenaga untuk menentang pemimpin-pemimpin intelek dari golongan ahli-ahli fikir dan saintis-saintis yang tidak mempercayai Tuhan.

DUNIA INTELEK


Dengan berlatar-belakangkan intelek, pergerakan itu mesti mengambil tempat menentang sistem yang salah di sekeliling kita di dalam dunia luas. Dalam perjuangan ini para penyuluh jalan mesti menunjukkan bukti kekuatan akhlaqnya dan kejujuran dengan menghadapi kecemasan, bahaya dan dengan mengorbankan harta dan nyawa.

Mereka mesti melalui setiap dugaan dan muncul sebagai emas tulin yang setiap kali diuji tidak mengandungi bahan lain. Di masa perjuangan, mereka mesti menjadi tauladan baik dari kata-kata maupun perbuatan mengikut ideologi yang dituruti. Ia mesti ternyata kepada semua yang mendampinginya bahawa negara berideologi yang tidak pentingkan diri sendiri, jujur, takut kepada Allah, menjamin dunia kepada keselamatan dan keamanan sejagat. Menerusi perjuangan sedemikian, semua unsur-unsur dalam masyarakat yang belum mempunyai kebenaran dan keadilan akan tertarik kepada pergerakan itu.

Inilah kaedah asli untuk melahirkan revolusi itu dan mengatur sistem negara yang dipanggil Revolusi Islam dan negara Islam. Antara elemen yang perlu adalah penguasaan ilmu.

NEGARA REVOLUSI

  •  Revolusi Perancis telah Berjaya dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin hebat seperti Rousseau, Voltaire dan Montesqueu. 
  •  Revolusi Russia dijayakan oleh idea-idea Marx, pimpinan Lenin dan Trotsky dan ribuan pekerja yang  berjiwa komunis.  
  • Revolusi Jerman berjiwa Nasional dan Sosialisma dapat diterjemahkan oleh Hegel, Fichte, Goethe, Neizsche dan orang-orang lain termasuk Hitler.

Begitu juga Revolusi Islam cuma boleh diwujudkan apabila pergerakan beramai-ramai  (Jama-a'ah) diusahakan pembentukannya mengikut teori dan konsep al-Quran dan contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana dengan perjuangan kuat, akan mengubah intelek, akhlak dan psychologi dan asas kebudayaan masyarakatnya.tanpa nilai moral dan ilmu, mana mungkin boleh membawa ke arah Revolusi Islam.

Miracle (mu'jizat) yang dipercayai oleh Mr. Reynand (seorang Perdana Menteri Perancis di masa perang menyatakan di dalam suatu siaran radio beberapa hari sebelum kekalahan Perancis di dalam perang dunia pertama melawan nazi German: "Bahawa miracle (mu'jizat) saja yang boleh menyelamatkan Perancis dan saya percaya kepada miracle." ) bekas Perdana Menteri Perancis.

 Jauh perbezaan pemahaman pemimpin islam berbanding golongan-golongan mempercayai miracle( mu’jizat).
Maka pemimpin islam yang menguasai ilmulah yang perlu tonjolkan bagi membawa islam di martabatnya.

Mencari permata Murabbi (2)

0 comments

Saat pelajar itu mendapat taujihad dari murabbinya maka pelajar itu terus mengukuhkan lagi kefahamannya kenapa ciri pemimpin yang pertama perlu beriman?..masa terus belalu meninggalkan usia  si anak murid ini..di suatu hari si anak murid ini telah bermimpi..


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
 -Surah At-Taubah ayat 111 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 

bersambung...

Mencari permata Murabbi (1)

0 comments

Berkata seorang murabbi kepada anak muridnya ciri-ciri pemimpin yang baik adalah :
1) beriman 
2) berilmu 
3) berwibawa

Sejurus habis pertemuan anak murid itu bersama murabbi itu kata-kata yang diungkapkan oleh murabbi itu sentiasa teriang-iang di benak fikiran anak murid itu.antara kata-kata murabbi itu “ biarlah segala urusan dalam organisasi kita ada campur tangan  dari Allah(konsep tawakkal) terutamnya dalam membuat keputusan,ingat! walaupun kita pemimpin tetapi kita kene sedar kita adalah hamba”.
Apakah definisi beriman yang dinyatakan oleh murabbi itu?

CEBISAN WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI MEWARNAI LAGI APAKAH ITU CIRI KEPIMPINAN YANG PERTAMA-BERIMAN(KEYAKINAN DAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH)
  • Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan. Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya lebih menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti dari musuh-musuh Islam. 
  •  Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukn maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh. 
  •  Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili dari pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata " Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan".
  •  Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi ( penyembah api ). Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami....