Showing posts with label fakta kesihatan. Show all posts
Showing posts with label fakta kesihatan. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

tahukah anda apa itu viseral fat?

0 comments

Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral , juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih sangat mudah dihilangkan daripada lemak visceral.


Penelitian telah menunjukkan bahawa manusia dengan lemak visceral lebih berisiko tinggi terhadappenyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi. Orang yang jarang bergerak, perokok dan peminum menunjukkan memiliki lebih banyak lemak intra-abdomen atau lemak viseral daripada orang yang aktif yang bukan perokok dan non-peminum. Stress mungkin juga menjadi faktor dalam pembentukan lemak visceral di dalam tubuh.

Menghilangkan lemak visceral lebih sulit daripada lemak subkutan karena lemak tersebut lebih kuat tertanam/menempel di dalam jaringan tubuh manusia. Lemak visceral hanya dapat diukur secara akurat oleh Mesin Pencitraan yang dapat melihat seberapa tebal lembaran lemak visceral yang menyelimuti/melapisi organ-organ tubuh. Seseorang mungkin berada dalam kisaran berat badan yang ideal/sehat, namun tidak menutup kemungkinan masih memiliki terlalu banyak intra-abdomen lemak di sekitar organ tubuh internalnya.
Hati memetabolisma kan lemak dan melepaskannya ke dalam aliran darah berupa kolesterol. Kolesterol yang berbahaya/buruk, yang rendah kadar-Density Lipoprotein (LDL), akan berubah menjadi sebuah plak yang menghalangi arteri (aliran darah).



Visceral body fat adalah yang paling membahayakan kerana ia ‘sukar dilihat dengan mata kasar’. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan sepanjang hayat. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“.TAPI bila ckp mengenai senama, ramai yg anggap ianya menyusahkan..so bagaimana? saya ada cara utk menyelasaikannya.
Ask ME how...

Monday, August 1, 2011

malaysia JUARA gemuk !!!

0 comments

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai antara paling gemuk di rantau Asia, dan ia satu trend membimbangkan kerana boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit kronik di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan Malaysia menduduki tangga keenam mengalami masalah kegemukan selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait dan Jordan.

“Malaysia menjadi negara yang mempunyai penduduk paling ramai mengalami masalah kegemukan di rantau ini (Asia) dan ini satu trend amat membimbangkan.
“Masalah ini semakin meningkat dan ia boleh mengancam nyawa rakyat di negara ini. Jika ia tidak ditangani, penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan tahap kolestrol tinggi akan terus meningkat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke-9 di Kementerian Kesihatan, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf.

Liow berkata, pada mesyuarat itu, MKMPK turut berbincang pendekatan terbaik menerapkan gaya hidup dan cara pemakanan sihat rakyat negara ini.

“Kalau kita lihat cara pemakanan rakyat kita sekarang ini, saya khuatir kerana lebih kepada minyak dan makanan bergoreng, semuanya bertambah lemak.

“Kalau makan daging lebih dari sayur atau buah-buahan, makanan ini semua menyebabkan kita bertambah gemuk setiap hari. Jadi, hari ini kita membincangkan panjang lebar termasuk bagaimana mengadakan program bulan nutrisi bagi memperkasa rakyat mengenai ilmu kesihatan dan kemahiran kesihatan...ini semua penting.
“Pada masa sama, saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek kesihatan, bermakna kita mula dari muda sejak tingkatan satu belajar mengenai kesihatan,” katanya.

Mengenai bakteria ‘superbug’, beliau berkata Bahagian Keselamatan Makanan kementerian akan menerajui pasukan kerja berkaitan ‘superbug’ di antara kementerian bagi memastikan bakteria itu tidak terdapat dalam makanan di negara ini.

“Kita akan mengadakan satu rangka kerja komprehensif untuk mengawal ‘superbug’ dalam rantaian makanan dan semua agensi perlu mengkaji semula perundangan dan garis panduan berkaitan kelulusan dan penggunaan ubat veterina.

“Kita akan mengkaji dan bekerjasama dengan semua jabatan berkaitan, malah kita yakin dapat mengawal denan baik. Malah, sehingga kini tiada kes yang dilaporkan, tetapi pada masa sama kita kena mengawal dulu penularannya sebelum terlambat,” katanya.

Thursday, June 30, 2011

fakta: 30% murid tidak bersarapan

0 comments
KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.
Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.
“Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.
“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka,” katanya pada sidang media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia di sini semalam.

copy and paste from kosmo

so..dengan herbalife anda tidak perlu risau dengan sarapan pagi anda..cukup mudah 2..1minit sahaja dah boleh siap dengan kandungan nutrisi yang lengkap dengan 19 vitamin..itulah shake F1.
ini lah pakej yang saya selalu makan setiap pagi..alhamdulillah kesihatan semakin improve..syukur alhamdulillah