Showing posts with label FAKTA OBESITI. Show all posts
Showing posts with label FAKTA OBESITI. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

30% rakyat Malaysia dijangka alami obesiti tahun ini

0 comments

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.


Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Dr. Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.

"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.
Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah. - Bernama


TANYA SAYA BAGAIMANA?..014-8407838(NAWAWI)

Sunday, June 26, 2011

MALAYSIA NEGARA ORANG GEMUK?

0 comments

Fakta-fakta menarik berkenaan dengan berat badan
90% cubaan untuk menguruskan badan gagal.
Sebab utamanya adalah kerana memilih cara yang salah!!

Statistik Malaysia
  • 48% lelaki obes, 62% perempuan obes!
  • 10,000+ kematian tahunan akibat serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang.
  • 6,000 kematian tahunan akibat penyakit jantung.
  • 3 juta dengan kolestrol tinggi.
  • 40,000 kes kanser baru setiap tahun
  • 2.1 juta yang menghadapi kencing manis.  
43.1% daripada warga Malaysia dewasa
mempunyai berat berlebihan. 
400 juta Orang dewasa di seluruh dunia adalah obes
dan 1.6 billion mempunyai berat badan berlebihan.
17 juta kes kardiovaskular di dunia
berkaitan dengan obesiti.

Epedemik Sedunia


Insiden berat badan berlebihan dan obesiti tersebar luas dengan perangkaan 31.6% dan 16.3% masing-masing di Malaysia. Lebih kurang 30.9% lelaki dan 32.4% perempuan mempunyai berat badan berlebihan sementara 13.9% lelaki dan 18.8% perempuan adalah obes.
Dijangkakan lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta orang dewasa berumur 25-64 tahun didapati sama ada masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Lebih kurang 1 dalam 2 orang dewasa berumur 25 hingga 64 tahun sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Lebih kurang setiap orang keempat di muka bumi ini terlalu gemuk. Obesiti dengan pantasnya menjadi salah satu sebab utama kematian di dunia.
Unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa secara global pada 2005, lebih kurang 1.6 billion orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan dan lebih kurang 400 juta orang dewasa adalah obes. WHO mengunjurkan bahawa menjelang 2015, lebih kurang 2.3 billion orang dewasa akan mempunyai berat badan yang berlebihan dan 700 juta akan menjadi obes.
Kematian akibat daripada Diabetes akan meningkat lebih 50% di seluruh dunia dalam 10 tahun akan datang -WHO
ANDA BAGAIMANA?
Berubah sebelum terlambat? TANYA SAYA BAGAIMANA!!