Thursday, January 6, 2011

Mencari permata Murabbi (3)

0 comments
.
Selepas terjaga dari mimpi ,pelajar itu termenung panjang dan meneruskan kehidupannya untuk mencari jawapan mengapa ciri pemimpin kedua ialah berilmu?

CIRI PEMIMPIN (BERILMU)

“ tidak sepatutnya bagi mukmin itu pergi semuanya(ke medan perang).mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”(surah Al-taubah 9:122)

Sebagai seorang pemimpin kita perlu menguasai ilmu dan juga memberikan peringatan dalam hal-hal kehidupan agar tidak terjebak dalam kesilapan dosa yang dimurkai
Jika diteliti ayat Al-Quran diatas Allah tidak menggunakan kalimah Ta'aalum (belajar) tetapi tafaqquh iaitu menguasai ilmu maka amat penting bagi seorang pemimpin menguasai ilmu sebagai senjata untuk melawan musuh. Jika diteliti bagaimana suatu revolusi itu dapat berlaku bermula dengan ilmu dan pemikiran, sepertimana  yang berlaku di india telah menjadi nota sejarah.

KAEDAH REVOLUSI ISLAM DI INDIA

 
Tidak mungkin sepohon pokok mempelam yang dari kecil hingga besar sebagai mempelam akan membuahkan mangga. Sesebuah negara Islam di india tidak akan wujud dengan tiba-tiba seperti mu'jizat (miracle); ia mesti dilahirkan melalui satu pergerakan permulaan yang berasaskan pandangan hidup,ideal(ilmu), taraf akhlak, dan sifat-sifat serta semangat yang selaras dengan Islam.

Tanpa penat-lelah, mereka mesti membentuk sikap mental dan sikap semangat akhlak yang sama kepada rakyat dan di atas asas kecenderungan akhlak dan intelek yang dibentuk, mereka mesti membina satu sistem pendidikan untuk melatih dan menggemburkan rakyat jelata ke corak kehidupan Islam. 

PENGUASAAN ILMU 

  
Sistem ini akan mengeluarkan saintis-saintis Islam, ahli falsafah Islam , ahli sejarah Islam , ahli ekonomi dan pakar kewangan Islam, juri dan politikus Islam pendeknya, di setiap bidang mesti ada orang-orang yang berideologi Isam dan telah betul-betul bersemangat, orang-orang yang berkebolehan membina satu sistem yang lengkap berkenaan cita-cita dan kehidupan praktik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam dan mempunyai cukup tenaga untuk menentang pemimpin-pemimpin intelek dari golongan ahli-ahli fikir dan saintis-saintis yang tidak mempercayai Tuhan.

DUNIA INTELEK


Dengan berlatar-belakangkan intelek, pergerakan itu mesti mengambil tempat menentang sistem yang salah di sekeliling kita di dalam dunia luas. Dalam perjuangan ini para penyuluh jalan mesti menunjukkan bukti kekuatan akhlaqnya dan kejujuran dengan menghadapi kecemasan, bahaya dan dengan mengorbankan harta dan nyawa.

Mereka mesti melalui setiap dugaan dan muncul sebagai emas tulin yang setiap kali diuji tidak mengandungi bahan lain. Di masa perjuangan, mereka mesti menjadi tauladan baik dari kata-kata maupun perbuatan mengikut ideologi yang dituruti. Ia mesti ternyata kepada semua yang mendampinginya bahawa negara berideologi yang tidak pentingkan diri sendiri, jujur, takut kepada Allah, menjamin dunia kepada keselamatan dan keamanan sejagat. Menerusi perjuangan sedemikian, semua unsur-unsur dalam masyarakat yang belum mempunyai kebenaran dan keadilan akan tertarik kepada pergerakan itu.

Inilah kaedah asli untuk melahirkan revolusi itu dan mengatur sistem negara yang dipanggil Revolusi Islam dan negara Islam. Antara elemen yang perlu adalah penguasaan ilmu.

NEGARA REVOLUSI

  •  Revolusi Perancis telah Berjaya dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin hebat seperti Rousseau, Voltaire dan Montesqueu. 
  •  Revolusi Russia dijayakan oleh idea-idea Marx, pimpinan Lenin dan Trotsky dan ribuan pekerja yang  berjiwa komunis.  
  • Revolusi Jerman berjiwa Nasional dan Sosialisma dapat diterjemahkan oleh Hegel, Fichte, Goethe, Neizsche dan orang-orang lain termasuk Hitler.

Begitu juga Revolusi Islam cuma boleh diwujudkan apabila pergerakan beramai-ramai  (Jama-a'ah) diusahakan pembentukannya mengikut teori dan konsep al-Quran dan contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana dengan perjuangan kuat, akan mengubah intelek, akhlak dan psychologi dan asas kebudayaan masyarakatnya.tanpa nilai moral dan ilmu, mana mungkin boleh membawa ke arah Revolusi Islam.

Miracle (mu'jizat) yang dipercayai oleh Mr. Reynand (seorang Perdana Menteri Perancis di masa perang menyatakan di dalam suatu siaran radio beberapa hari sebelum kekalahan Perancis di dalam perang dunia pertama melawan nazi German: "Bahawa miracle (mu'jizat) saja yang boleh menyelamatkan Perancis dan saya percaya kepada miracle." ) bekas Perdana Menteri Perancis.

 Jauh perbezaan pemahaman pemimpin islam berbanding golongan-golongan mempercayai miracle( mu’jizat).
Maka pemimpin islam yang menguasai ilmulah yang perlu tonjolkan bagi membawa islam di martabatnya.

0 comments:

Post a Comment