Sunday, January 30, 2011

Bukalah Matamu - Maher Zain's Open Your Eyes -Malay version cover

0 comments


walaupun bukan maher zain yang mengalunkannya..lagunyer tetap nice..sama2lah hayatinya..

Maher Zain - Insyaallah Versi Melayu/Malay + Lirik

0 comments
Andainya kau rasa tak berupaya                 
 Hidup bersendirian tiada pembela              
Segalanya suram,bagai malam yang gelap     
Tiada banyuan tiada tujuan                                 
Janganlah berputus asa                                          
Kerana Allah bersamamu                                     
Insya Allah 3x                                                               
Ada Jalannya                                                         
 Andainnya kau sanggup berpulang kembali  
Bagai tiada ruang untuk kembali                                        
Jika keliru atas kesilapan lalu                                  
Membelenggu hati dan fikiranmu                          
Janganlah berputus asa                                                        
Kerana  Allah bersamamu                                     
Insya Allah 3x                                                                  
Ada Jalannya                                                     
Kembalilah kepada yang Esa                             
 Yakin padanya panjatkanlah doa                           
Hu Ya Allah,hindarilah aku dari tersasar       
Tunjukkan daku jalan yang benar                        
Jalan yang benar 3x                                                  
Insya Allah 3x                                                               
Ada jalannya   
                                                          

Thursday, January 27, 2011

Bangkit Menuju Revolusi Islam

0 comments


Mengapa rakyat TUNISIA  bangkit
  • Sejarah telah mencatatkan bahawa 30,000 aktivis gerakan Islam yang dianggapnya sebagai pembangkang telah di penjarakan.
  •   Ben Ali terkenal dengan sikap anti Islamnya di masa pemerintahannya di mana jilbab dilarang dipakai di tempat awam manakala aktivis yang memperjuangkan syariah dan Khilafah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.Pada tahun 1980-an dan 1990-an Ben Ali telah mengeluarkan peraturan-peraturan yang lebih ketat termasuk hukum 102 yang terkenal, yang menganggap jilbab adalah "tanda ekstremisme" dan dilarang.
  • Masjid hanya dibuka sesaat sebelum waktu salat dan ditutup segera setelah salat ditunaikan. Jamaah Muslim juga dilarang menunaikan solat di masjid-masjid  
  • Ben Ali amat terkenal sebagai pemimpin yang telah merubah umat Islam Tunisia menjadi masyarakat liberal ala Perancis yang menjadi tuannya.

  • membantah polisi kerajaan yang tidak dapat mengadakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.
  • Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.


Siapakah Presiden Zine al-Abidine Ben Ali  

Jenderal Zine El Abidine Ben Ali yang lahir di Hammam-Sousse pada 3 September 1936, merupakan Presiden Republik Tunisia sejak 7 November 1987 dan presiden yang kedua sejak kemerdekaannya dari Perancis pada 20 Mac 1956.


Sejarah Tunisia

Tunisia sebelum ini di perintah oleh presiden Habib Bourgiba yang tidak kurang kediktatorannya berbanding Ben Ali. Borguiba yang bukannya pemimpin popular (di hati rakyat) telah berkuasa selama 30 tahun sebelum ‘dipaksa’ meletakkan jawatan. 

Sebaik keluar dari mulut buaya, rakyat Tunisia kemudiannya telah masuk pula ke mulut harimau di bawah pimpinan Ben Ali selama 23 tahun. 

Sesungguhnya Ben Ali hanyalah lingkungan ‘orang dalam’ di dalam pemerintahan Borguiba. Demikianlah apa yang terjadi kini, Perdana Menteri Ghannouchi, juga adalah dari lingkungan ‘orang dalam’ Ben Ali, yang hanya akan menggantikan Ben Ali, namun akan tetap melanjutkan pemerintahan kuku besi yang sekular.
Apa yang berlaku cumalah pertukaran ‘wajah’ pemimpin, bukan sistemnya, ibarat Bush yang diganti oleh Obama.

 Ben Ali telah cabut lari dan di gelar sebagai seorang pengecut. Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi tampil di TV dan mengumumkan bahawa dialah yang kini menjalankan pemerintahan.Ben Ali telah Berjaya digulingkan dengan aura kebangkitan gerakan-gerakn islam dan gerakan rakyat yang mahukan keadilan.Maka apakah islam akan terus menguasai TUNISIA?

Siapakah Uqbah ibnu nafiq’?
Antara figura hebat yang perlu kita kagumi kerana telah berjaya membawa islam di BUMI TUNISIA.
 Uqbah  telah membawa misi Islam ke utara Afrika sehingga sampai ke Lautan Atlantik. Maka ketika itu TUNISIA mendapat syiar islam

Antara laungan dan ucapan Uqbah:

·         ‘Seandainya aku tahu di seberang sana ada daratan, pasti akan ku harungi ombak lautan ini untuk ke sana (dan membebaskannya)!’ 

·         “Ya Allah, jika tidak kerana lautan yang menghalang aku, nescaya akanku persiapkan pasukan armadaku untuk menyebarkan kalimat agung taiyibahMu, akanku mara demi menegakkan syiar Islam nun di kerajaan barat. Akanku satukan semua empayar-empayar di bawah panji yang mulia ini jua akan ku perangi kumpulan yang ingkar untuk menerima mesej suci untuk mengesakan Engkau Ya Allah.”

·         “Jika lautan yang luas tidak mampu kami redahi, masih ada bumi yang belum menerima keindahan ajaran yang mulia ini. Ayuh! Kita teruskan juga perjuangan kita.”

Kebangkitan islam di LUBNAN

Saad Hariri bersama Obama

Kebangkitan islam tidak berlaku di situ sahaja  suasana di Timur Tengah iaitu di Lubnan telah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet yang disertai blok Hizbulllah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.

Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.

Kebangkitan islam di MESIR

anak muda di Mesir  cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di  negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.


Rakyat telah berdemonstrasi

Dalam sejarah Mesir, demonstrasi itu adalah yang terbesar sejak Mubarak menggantikan Anwar Sadat pada 1981.
 Peristiwa itu pun kemudian menyebar melalui jejaring sosial Facebook dan Twitter. Bahkan, gerakan Sixth of April Youthmenyeru kepada rakyat Mesir agar kembali turun ke jalan pada hari ini.


Sunday, January 23, 2011

Mencari permata Murabbi (4)

0 comments

Kisah anak murid ini terus berlalu..
  
Si anak ini terus melangkah ke hadapan mencari permata yang masih ada lagi di persisiran pantai dan jalanan.
Angka 3 membuatkan si anak murid ini menggeletar seketika dan sedikit perasaan yang mengelisahkan..3 tahun si anak muda ini telah di kecewakan oleh seorang teman yang bernama “pengajian”.kehidupan 3 tahun yang telah berlalu seolah-olah tiada apa-apa nilai di sisi anak murid ini.Insan ini seperti mayat yang mati di hidupkan semula.Dia amat mengerti segala kefanakan dunia yang dia telah tempuhi dan mahu membuka lembaran baru.

Penghijrahan

Si anak muda ni telah berhijrah ke sebuah kota yang bernama Naili.kota ini telah memberikan citra warna yang berbeza dengan kehidupan si anak murid ini.Si anak murid ini terus mencetus mahu dan semangat ingin tahu apakah sebenarnya ciri-ciri seorang pemimpin yang ketiga iaitu berwibawa.Sedang termenung di persisiran pantai si anak murid ini telah terserempak dengan seorang pak cik tua bernama pak subky.Mereka telah berbual hampir 2 jam 30 minit.sedang rancak berbincang soal-soal agama dan masyarakat ummah pak subky ada menyelitkan beberapa tokoh negarawan yang sangat hebat yang perlu si anak murid ini contohi.

Antara figura yang di sebut oleh pak subky ini ialah Prof Zulkifli Mohammad dan Dr Burhanuddin Al-helmi.Satu persatu nilai ketokohan figura-figura itu di sebut.

“Prof Zul sangat hebat orangnya nak..dia orang yang mendapat tarbiyah direct dengan tokoh gerkan islam yang tersohor iaitu imam hasan al banna dan syed Qutub..Prof Zul ni bila dia tengok orang tak siapkan kerja dia akan marah orang itu tidak kira siapa pun pangkat dia..prof zul amat ”

“Dr Burhanuddin ni ada 3 helai pakaian sahaja..die seorang yang sufi dan zuhud..dia tak banyak bercakap..tetapi dia mempunyai ketokohan yang hebat”

Mereka berdua ini selalu titik beratkan soal disiplin..Si anak murid ini sangat kagum dengan kisah yang di ceritakan oleh pak subky ..banyak input yang dia peroleh hasil perbincangan itu.


Angin sepoi-sepoi menyepikan lagi suasana si anak muda ini.waktu senja semakin menghampiri..sambil memandang terbenamnya matahari si anak murid ini teringat sepucuk surat yang di berikan oleh emaknya untuk bekalan ketika penghijrahan ke kota Naili.

“bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang berwibawa ini wahai anakku..emak selitkan kepada kamu ucapan-ucapan nasihat ini supaya engkau terus mencari permata yang engkau idam-idamkan itu”



Nasihat Luqman Al Hakim

"DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui perjalanannya supaya tidak tenggelam. Kiasan itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini.

Katanya: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat."

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. "Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.

"Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu."

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku. Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat, sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.


si anak muda ini terus meninggalkan pantai itu..bersambung..

Oh air mata

0 comments
 
Jenis-JenisAir mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
 
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
 Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.
 Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.
 Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
 pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. 
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.
kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji
 
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.  
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
 
  "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan 
mengharamkan tubuhnya dari api neraka. 
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu 
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu 
akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan 
balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
  Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya
 terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di 
atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
 menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga 
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu 
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan 
menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah 
menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
 
  •  Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  •  Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. 
  •   Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah 
    Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat 
    persediaan. 
  •  Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang 
    bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah 
    pemberian Tuhan.

Dari itu..
 Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas 
segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang 
telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. 
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan 
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga 
akan mendapat ampunanNya jua.
  

Junjungan Mulia bersabda
  "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam 
hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga 
pasukan fi sabillah di waktu malam."
 
  "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??
seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang 
tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
  
 "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah 
dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
  Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
  1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
  2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut
 nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
 
Air mata tanda rahmat Tuhan 
 
  Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus..kerana hal hal tersebut menandakan rahmat 
Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

program realiti

0 comments

Boleh diusulkan kepada TV3,8TV,NTV7, ASTRO atau RTM..
1. Who will become an Ustaz
  Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji
ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,menunaikan
sembahyang sunat, azan dan lain lain...
Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton
yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji
percuma.
2. Akademi Islamiah
 Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup
islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang
telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan
menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan
mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka.
Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.
3. Muslim Idol
 Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang
dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat
seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms.
Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.
4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk
program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid
dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan
mendapat cahaya nur Quran.
5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama
samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang
berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong
Islam.
" sesungguhnya mata yang tidak pernah menangis takutkan Allah dan neraka itu
adalah disebabkan oleh hati yang beku"(pEacE tO bE In ISLAM)
 

Thursday, January 13, 2011

nota simpang 2 buat sahabtku

0 comments

dulu kita bersama seangkatan di medan yg sama.. saat aku sudah terbang jauh meninggalkan mu, rupenyer aku terlupe kau tertinggal di daratan terkapai2 mencari sinar kehidupan,saat aku mandapat nikmat cahaya kehidupan kau di uji mehnah dan tribulasi dengan keseronokan yg bersifat sementara,baru ku sedar diwaktu aku mandapat petunjuk kehidupan aku telah mengabaikan kau..maafkan ku wahai sahabat,masih ade waktu untuk ku perbetulkan kesilapanku..

begitu jauh jurang antara kita berdua ibarat langit dan bumi..dulu kaulah permata kami,kaulah harapan kami,kaulah tempat rujukan kami namun segala2 telah berubah, takdir telah menentukan kita berdua,kita tidak lagi sehaluan seperti dahulu

mengapa ini terjadi?

maafkan aku kerana aku x mmpu membawa kau bersamaku mencari sinaran baru iaitu erti sebuah kehidupan,maafkan ku juga saat kau di telan dunia kegelapan aku hanya membiarkan kau keseorangan tanpa pedoman,hukumlah aku..

kau tetap sahabtku,suka duka kita pernah mengharungi bersama,ketokohan yang kau miliki tetap aku kagumi namun segala2 telah barakhir..kau telah hanyut mengejar penyakit keduniaan,

mengapa kita tidak sehaluan lagi?

tompok hitam menjadi duri dalam hati kita musuh dalam selimut yg kita tidak sedari telah meretakkan kesatuan kita,

aku terus berlari ke langit untuk mencari tempat mengadu,saat itulah kau terus terhumban ke pusat bumi,keretakan jiwa ini membuatkan kita tidak lagi sehaluan..

yakinlah sahabtku aku masih menunggu mu untuk bersama ku walaupun penantian itu suatu penyeksaan,tetapi aku lebih rela tersiksa daripada terus melihat kau di mamah nafsu keduniaan..

nukilan prof NaS buat sahabtku yg berada di persimpangan

Friday, January 7, 2011

Cinta

0 comments
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa
sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya  tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar  batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat  khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun  tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit  jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun  aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang  pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL
(kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi  setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah
perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke
sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, 

sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W
"sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah
melainkan ditemani mahramnya... .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan
dan bukannya kerana hawa nafsu...


Couple

0 comments
apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':
1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg
habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat
pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek..
kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan
awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat
tak takut pulak... )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

Thursday, January 6, 2011

Mencari permata Murabbi (3)

0 comments
.
Selepas terjaga dari mimpi ,pelajar itu termenung panjang dan meneruskan kehidupannya untuk mencari jawapan mengapa ciri pemimpin kedua ialah berilmu?

CIRI PEMIMPIN (BERILMU)

“ tidak sepatutnya bagi mukmin itu pergi semuanya(ke medan perang).mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”(surah Al-taubah 9:122)

Sebagai seorang pemimpin kita perlu menguasai ilmu dan juga memberikan peringatan dalam hal-hal kehidupan agar tidak terjebak dalam kesilapan dosa yang dimurkai
Jika diteliti ayat Al-Quran diatas Allah tidak menggunakan kalimah Ta'aalum (belajar) tetapi tafaqquh iaitu menguasai ilmu maka amat penting bagi seorang pemimpin menguasai ilmu sebagai senjata untuk melawan musuh. Jika diteliti bagaimana suatu revolusi itu dapat berlaku bermula dengan ilmu dan pemikiran, sepertimana  yang berlaku di india telah menjadi nota sejarah.

KAEDAH REVOLUSI ISLAM DI INDIA

 
Tidak mungkin sepohon pokok mempelam yang dari kecil hingga besar sebagai mempelam akan membuahkan mangga. Sesebuah negara Islam di india tidak akan wujud dengan tiba-tiba seperti mu'jizat (miracle); ia mesti dilahirkan melalui satu pergerakan permulaan yang berasaskan pandangan hidup,ideal(ilmu), taraf akhlak, dan sifat-sifat serta semangat yang selaras dengan Islam.

Tanpa penat-lelah, mereka mesti membentuk sikap mental dan sikap semangat akhlak yang sama kepada rakyat dan di atas asas kecenderungan akhlak dan intelek yang dibentuk, mereka mesti membina satu sistem pendidikan untuk melatih dan menggemburkan rakyat jelata ke corak kehidupan Islam. 

PENGUASAAN ILMU 

  
Sistem ini akan mengeluarkan saintis-saintis Islam, ahli falsafah Islam , ahli sejarah Islam , ahli ekonomi dan pakar kewangan Islam, juri dan politikus Islam pendeknya, di setiap bidang mesti ada orang-orang yang berideologi Isam dan telah betul-betul bersemangat, orang-orang yang berkebolehan membina satu sistem yang lengkap berkenaan cita-cita dan kehidupan praktik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam dan mempunyai cukup tenaga untuk menentang pemimpin-pemimpin intelek dari golongan ahli-ahli fikir dan saintis-saintis yang tidak mempercayai Tuhan.

DUNIA INTELEK


Dengan berlatar-belakangkan intelek, pergerakan itu mesti mengambil tempat menentang sistem yang salah di sekeliling kita di dalam dunia luas. Dalam perjuangan ini para penyuluh jalan mesti menunjukkan bukti kekuatan akhlaqnya dan kejujuran dengan menghadapi kecemasan, bahaya dan dengan mengorbankan harta dan nyawa.

Mereka mesti melalui setiap dugaan dan muncul sebagai emas tulin yang setiap kali diuji tidak mengandungi bahan lain. Di masa perjuangan, mereka mesti menjadi tauladan baik dari kata-kata maupun perbuatan mengikut ideologi yang dituruti. Ia mesti ternyata kepada semua yang mendampinginya bahawa negara berideologi yang tidak pentingkan diri sendiri, jujur, takut kepada Allah, menjamin dunia kepada keselamatan dan keamanan sejagat. Menerusi perjuangan sedemikian, semua unsur-unsur dalam masyarakat yang belum mempunyai kebenaran dan keadilan akan tertarik kepada pergerakan itu.

Inilah kaedah asli untuk melahirkan revolusi itu dan mengatur sistem negara yang dipanggil Revolusi Islam dan negara Islam. Antara elemen yang perlu adalah penguasaan ilmu.

NEGARA REVOLUSI

  •  Revolusi Perancis telah Berjaya dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin hebat seperti Rousseau, Voltaire dan Montesqueu. 
  •  Revolusi Russia dijayakan oleh idea-idea Marx, pimpinan Lenin dan Trotsky dan ribuan pekerja yang  berjiwa komunis.  
  • Revolusi Jerman berjiwa Nasional dan Sosialisma dapat diterjemahkan oleh Hegel, Fichte, Goethe, Neizsche dan orang-orang lain termasuk Hitler.

Begitu juga Revolusi Islam cuma boleh diwujudkan apabila pergerakan beramai-ramai  (Jama-a'ah) diusahakan pembentukannya mengikut teori dan konsep al-Quran dan contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana dengan perjuangan kuat, akan mengubah intelek, akhlak dan psychologi dan asas kebudayaan masyarakatnya.tanpa nilai moral dan ilmu, mana mungkin boleh membawa ke arah Revolusi Islam.

Miracle (mu'jizat) yang dipercayai oleh Mr. Reynand (seorang Perdana Menteri Perancis di masa perang menyatakan di dalam suatu siaran radio beberapa hari sebelum kekalahan Perancis di dalam perang dunia pertama melawan nazi German: "Bahawa miracle (mu'jizat) saja yang boleh menyelamatkan Perancis dan saya percaya kepada miracle." ) bekas Perdana Menteri Perancis.

 Jauh perbezaan pemahaman pemimpin islam berbanding golongan-golongan mempercayai miracle( mu’jizat).
Maka pemimpin islam yang menguasai ilmulah yang perlu tonjolkan bagi membawa islam di martabatnya.

Mencari permata Murabbi (2)

0 comments

Saat pelajar itu mendapat taujihad dari murabbinya maka pelajar itu terus mengukuhkan lagi kefahamannya kenapa ciri pemimpin yang pertama perlu beriman?..masa terus belalu meninggalkan usia  si anak murid ini..di suatu hari si anak murid ini telah bermimpi..


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
 -Surah At-Taubah ayat 111 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 

bersambung...

Kenali diri kita.

0 comments
Siapakah orang yang sombong?
Orang  yang  sombong  adalah orang yang di beri
penghidupan tapi
tidak mahu  sujud  pada yang menjadikan kehidupan itu
iaitu Allah
Rabbul Alaamin, Tuhan  sekelian  alam.  Maka
bertasbihlah  segala
apa yang ada di bumi dan langit  pada TuhanNya kecuali
jin dan
manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang  yang  telah  mati  hatinya adalah orang yang
diberi petunjuk
melalui  ayat-ayat  Qur'an,  Hadith dan cerita2
kebaikan namun merasa
tidak ada apa2  kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang  yang  dunggu  kepala  otaknya  adalah  orang
yang tidak mahu
lakukan  ibadat   tapi   menyangka   bahawa  Tuhan
tidak  akan 
menyiksanya!  dengan kelalaiannya itu dan sering
merasa tenang dengan
kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang  yang  kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya
ketika ia di  dalam kemarahan.


Siapakah orang yang lemah?
Orang  yang  lemah  adalah  orang  yang  melihat  akan
kemaksiatan
di depan  matanya  tidak  sedikit pun ada kebencian di
dalam hatinya
akan kemungkaran  itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang yang
berat
lidahnya untuk  membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.


Siapakah orang yang buta?
Orang  yang  buta  adalah  orang  yang tidak mahu
membaca dan
meneliti akan  kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran
daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?
Orang  yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
pengajaran
yang baik  namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak
mengambil  berat
akan waktu  solatnya  seolah-olah  ia mempunyai
kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman  a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa
musibah  lalu   dia   kata  "Inna  lillahi  wainna
illaihi 
rajiuun."  Lalu sambil  berkata,"Ya  Rabbi  Aku  redha
dengan 
ketentuanMu  ini",  sambil mengukir  senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang   yang  menangis  airmata  mutiara  adalah
orang-orang  yang
sedang  bersendiri   lalu   mengingat   akan
kebesaran  Tuhan  dan 
menyesal akan  dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang  yang  kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada
dan tidak  loba akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang  yang  miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada
sentiasa  menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang pandai?
Orang  yang  pandai  adalah  orang yang bersiap siap
untuk hari
kematiannya  kerana dunia ini berusia pendek sedang
akhirat kekal
abadi


Siapakah orang yang bodoh?
Orang  yang bodoh adalah orang yang beriya-iya
berusaha sekuat
tenaga untuk  dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang   yang   maju  dalam  hidupnya  adalah
orang-orang  yang
senantiasa  mempertingkat ilmu agamanya.


Siapa kah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
tidak
memperdulikan akan  halal dan haramnya akan sesuatu
perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang  yang  gila  itu  adalah orang yang tidak
sembahyang kerana
hanya dua  syarat  saja  yang memperbolehkan akan
seorang itu
meninggalkan sembahyang,  pertama sekiranya ia haid
dan kedua ketika
ia tidak siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan
namun masih  berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang  yang selalu di tipu adalah orang muda yang
menyangka bahawa
kematian  itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang  yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati
membawa  amal  amal  kebaikan  di  mana  kuburnya
akan  di 
perluaskan saujana mata  memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak
membawa  amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.