Thursday, January 6, 2011

Arak,fermentasi,Alkohol

0 comments

            Rumusan tindakbalas fermentasi alkohol

                               enzim
            Glukosa ---------------> karbon dioksida + etanol + tenaga
                                                 (gas)                (alkohol)

Contoh Produk Fermentasi Yis
Produk utama yang terhasil daripada teknik fermentasi yis adalah minuman beralkohol, tapai dan roti. Tapai ialah sejenis makanan yang memerlukan proses fermentasi. Proses penapaian menyerupai penghasilan minuman keras seperti bir, wain , wiski dan lain-lain. Perbezaannya hanya daripada segi masa pengeraman. Arak memerlukan masa yang lebih lama hingga berlakunya keadaan menggelegak dan berbuih.
Melalui proses fermentasi yis, etanol akan dihasilkan. Etanol merupakan komponen kimia yang terbesar (setelah air) yang terdapat pada minuman keras, akan tetapi etanol bukan satu-satunya bahan kimia yang dapat menyebabkan kemabukan, banyak bahan-bahan lain yang terdapat pada minuman keras juga bersifat memabukkan jika diminum pada konsentrasi yang tinggi. Komponen-komponen ini misalnya; metanol, propanol dan butanol (Etievant, 1991). Secara umum, sifat kumpulan alkohol adalah narkosis (memabukkan).
Yang dimaksudkan dengan khamar iaitu minuman yang memabukkan sesuai dengan penjelasan Rasulullah SAW berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abdullah bin Umar: setiap yang memabukkan adalah khamar (termasuk khamar) dan setiap khamar adalah diharamkan (semua hadis-hadis yang digunakan dalam perbahasan minuman yang diharamkan diperoleh dari Sabiq, 1987). Dari penjelasan Rasulullah SAW tersebut, jelas bahawa definisi khamar (bahan yang memabukkan) berdasarkan kepada sifatnya, bukan jenis bahannya.
Mengenai sifat memabukkan sendiri, telah dijelaskan dengan lebih terperinci lagi oleh Umar bin Khattab seperti diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim seperti berikut: Kemudian daripada itu, wahai manusia! Sesungguhnya telah diturunkan hukum yang mengharamkan khamar. Ia terbuat dari salah satu lima unsur: anggur, korma, madu, jagung dan gandum. Khamar itu adalah sesuatu yang mengacaukan akal. Jadi sifat mengacaukan akal itulah yang dijadikan panduan. Sifat mengacaukan akal itu di antaranya yang disebut di dalam Al-Quran iaitu membuat orang menjadi tidak sedar dengan apa yang diucapkan seperti dapat dilihat pada surah An-Nisa: 43: Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan. Dengan demikian, dapat diertikan sifat memabukkan tersebut iaitu suatu sifat dari suatu bahan yang mengakibatkan ingatan kita terganggu.
Keharaman khamar ditegaskan dalam Al-Quran surat Al-Maaidah ayat 90-91: Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan-perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu mengerjakan perbuatan itu.

Dengan berdasarkan kepada definisi yang sangat jelas tersebut di atas, maka minuman yang memabukkan disebut sebagai minuman keras atau minuman beralkohol (alcoholic beverages) Tetapi, sesetengah pendapat telah mendefinisikan minuman keras ini sebagai alkohol sehingga etanol yang merupakan alkohol juga dianggap haram.
Seandainya alkohol diharamkan, maka impaknya akan sangat luas kerana banyak makanan dan minuman yang mengandung etanol. Di samping itu, apabila alkohol diharamkan maka ini akan bertentangan dengan penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah SAW tentang jus buah-buahan dan pemeramannya seperti dalam hadis-hadis berikut:
  1. Minumlah itu (jus) selagi ia belum keras. Sahabat-sahabat bertanya: Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(Hadis Ahmad diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar).
  1. Bahwa Ibnu Abbas pernah membuat jus untuk Nabi SAW. Nabi meminumnya pada hari itu, besok dan lusanya hingga sore hari ketiga. Setelah itu Nabi menyuruh khadam menumpahkan atau memusnahkannya.
(Hadis Muslim berasal daripada Abdullah bin Abbas).
  1. Buatlah minuman anggur!. Tetapi ingat, setiap yang memabukkan adalah haram
(Hadis tercantum dalam kitab Fiqih Sunah karangan Sayid Sabiq, 1987).
Walaupun bukan etanol yang diharamkan tetapi minuman beralkohol, akan tetapi penggunaan etanol haruslah dibataskan. Etanol tidak boleh digunakan sebagai kandungan akhir suatu bahan, misalnya digunakan sebagai pelarut bahan perasa dan pewarna. 

0 comments:

Post a Comment