Saturday, June 4, 2011

RAMBUT GUGUR+LOW ENERGY+MENGANTUK

0 comments

alhamdulillah baru je amik herbalife 1 bulan sudah turun 3 kg dalam masa 3 minggu..kawan saya dah amik 3 minggu dah bertambah 3 kg..syukur sangat2..

sebelum herbalife
 saya ada rambut gugur ada kelumumur,mengantuk(selalu lepas zohor,pagi2 sama ada sarapan or x..or puasa sama je mudah mengantuk)..dulu low energy..cepat penat..mudah terlelap atas motor bila jalan jauh2..selalu sakit badan bila jalan jauh..

selepas herbalife
rambut xgugur,xde kelumumur,semakin bertenaga..boleh tido 3 jam satu hari pas2 bangun still bertenaga lagi.

KISAHKU baru2 nie 31 mei boleh tido 3 jam je pas2 masih bertenaga bagi tazkirah kat kawan lepas subuh tapi kesian(dalam hati) tengok kawan2 tersengguk2 dengan tawadduk mendengar tazkirahku semasa titanjung karang..(semoga suatu hari nnti mereka dapat nikmat yang ku dapat)..pas2 dari tanjung bergegas ke nilai drive kereta tapi still bertenaga lagi xmengantuk cam dulu dan masih bertenaga..alhamdulillah jam 11 pagi sampai nilai..pas2 jam 3.30 bergegas ke shah alam berjumpa teman ada urusan naik motor pula..alhamdulillah still bertenaga lagi..jam 9 malam bertolak naik motor dari shah alam ke nilai semula ada sedikit discussion ngan sahabat2..alhamdulillah still boleh bawak motor dengan bertenaga xmacam dulu..syukur padaMU ya Allah..

Wednesday, June 1, 2011

FORMULA: MAKANAN+PERUT= HATI

0 comments
alhamdulillah satu persatu jawapan dan ilmu ku dapat..sahabtku telah mengungkapkan dan berbincang dengan ku berkaitan falsafah yang bermain difikiranku..syukur pada Allah kerana sentiasa memandu ku di landasan yang benar(BIIZNILLAH)


Rasulillah SAW pernah bersabda
“ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”


hadis diatas ada tertulis dalam kitab minhajul abidin karya imam ghazali ALLAHUAKBAR!!!

Dan kata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”

"perjalanan hidup itu adalah misteri"

DISEBALIK FALSAFAH CUKA

0 comments
hari demi hari aku melalui perjalann untuk mencari jawapan..hari demi hari aku perlukan jawapan.. alhamdulillah sahabatku pesan kepada ku menganalisa berkaitan cuka..aku cuba memahami falsafah hadis ini..sebenarnya kita perlu mencari hikmah dan falsafah disebaliknya..


Hadis Pertama:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka: “Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka”. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka.” (HR Muslim)


acid citric/cuka banyak pada buah-buahan
Hadis Kedua:
عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Sebaik-baik lauk ialah cuka. “Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. (HR Ibnu Majah)
Cuka mempunyai beberapa khasiat:
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarkan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.
CUKA ANGGUR:

- Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).
- Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan stroke.
- Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).
- Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya.
- Melancarkan sistem penghadaman.
- Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).
- Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah.
- Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
- Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.
Khasiat CUKA EPAL:

- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
saya mula berfikir dalam satu program orang ramai di hidangkan air teh dan epal sebagai makanan lunch..alhamdulillah Allah semakin memberikanku jawapan..(PERJALANAN ITU MISTERI)

AKU NAK BERUBAH !!!

0 comments

alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T..hari ini telah mengurniakanku nikmat kesihatan yang semakin baik dari dulu

17 mei 2011
Sebelum ambil herbalife 
biasa bila run or handle program cepat penat,selalu letih,lepas sarapan bila dengar talk mesti mengantuk,lepas makan tengahri pun sama bila sambung dengar talk mesti tersengguk2 & mengantuk juga

Selepas ambil herbalife
alhamdulillah selepas amik herbalife start run program konvensyen mahasiswa selangor nie dari jam 11 pagi sampai postmortem jam 12 tengah malam still bertenaga,xmengantuk cam dulu,dengar talk DR ABU HASSAN JAM  3 petang xmengantuk,dengar talk DR MUHAYA pun xmengantuk cam biasa2 sebelum nie..pastu lepas abis program 2 balik naik motor pun still bertenaga and sampai rumah jam 2.30 pagi masih bertenaga dan xmengantuk..mata masih still ok..biasanya bila balik lewat dari wacana/program mesti nak singgah sebentar di stesen minyak untuk tido supaya keletihan hilang..and bila dah ok baru teruskan perjalann..itu dulu sekarang Alhamdulillah singgah stesen minyak untuk minum makanan nutrisi herbalife je..THANKS ALLAH THANKS HERBALIFE

still bertenaga lagi untuk slot program yang last makan malam bersama MB selangor..inilah kenanganku..semoga dengan nikmat kesihatan yang kunikmati sekarang nie dapat dirasai oleh semua ummat Muahammad (untuk sharing lagi boleh la contect me 0148407838)


apa yang baik kita makan insyaAllah dengan izin Allah,Allah akan bagi nikmat yang baik
ada hadith yang lebih kurang maksudnya "punca penyakit datang dari perut"-hadith

Tuesday, March 15, 2011

Ultraman lari Ulama' mencari

0 comments
Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta
kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H


Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432
kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..


"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."


Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.


Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.


Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53

Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.


Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.


Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.


Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.


Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..


Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..



copy from email.

bersediakah hati ini untuk dimiliki?

0 comments


Hampir satahun aku memegang amanah ini..sejauh mana hati ini dimiliki?? 


Mana milik kita?

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya


Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

 Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

 Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya



*malu dan syahdu mengenangkan lirik lagu ini..sememangnya memberi kekuatan untuk teruskan kehidupan ini..

Friday, March 11, 2011

duduk sahaja

0 comments
Syair Abdullah bin al-Mubarak

Menandakan bahawa orang yang tidak berjihad tidak dikenakan dosa kecuali dalam keadaan jihad itu menjadi fardhu ain. Bilakah masanya jihad menjadi fadhu ain?

Jihad menjadi fardhu ain apabila musuh masuk ke negeri orang Islam ataupun musuh berada di sempadan negeri mereka dan akan melancarkan serangan pada bila-bila masa sahaja, menyebabkan negeri dalam keadaan bahaya.

Dalam keadaan ini, setiap orang wajib berjihad sebagaimana berlaku di Palestin dan Kashmir. Firman Allah yang bermaksud:

"Allah melebihkan satu darjat orang-orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka dari orang-orang yang duduk (kerana keuzuran). Untuk masing-masingnya Allah menjanjikan kebaikan." (Surah an-Nisa': 95)

Kedua-dua golongan itu Allah janjikan kebaikan iaitu mendapat ganjaran syurga walaupun mereka mempunyai perbezaan darjat atau kedudukannya di sisi Allah SWT.

Seterusnya Allah mengulangi firman-Nya yang bermaksud:

"Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dari orang-orang yang duduk (tanpa uzur) dengan pahala yang besar." (Surah an-Nisa': 95)

Kelebihan yang besar itu tidak dikurniakan kepada mereka yang tidak berjihad.

Satu peristiwa berlaku kepada Abdullah bin al-Mubarak yang terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu hadith dan ilmu-ilmu Islam yang lain sehingga diberi gelaran 'Amirul Mukminin'. Abdullah juga seorang alim yang berjihad dengan lidah, pena dan senjata. Dia adalah seorang ulama' yang dihormati, hidup di zaman Harun ar-Rasyid.

Suatu hari mereka berdua pergi ke Madinah tetapi tiba-tiba orang ramai mengerumuni Abdullah. Isteri Harun, Zubaidah seorang pemimpin projek membekalkan air di tanah haram juga melihat peristiwa itu.

Imam Malik yang turut lalu di situ, turun dari kenderaannya dan bertanya orang ramai: "Siapakah orang itu?" Orang ramai menjawab: "Dia adalah Abdullah bin al-Mubarak, seorang ulama'."

Zubaidah berkata kepada Abdullah: "Engkaulah amir bukan Harun (sebagai menghormati Abdullah bin al-Mubarak.")

Abdullah bin al-Mubarak mengutus surat kepada sahabatnya yang dikasihi yang juga seorang alim, al-Hudhail bin Iyadh. Beliau tinggal di Makkah, beribadat di tanah haram.

Al-Hudhail menerima surat dari Abdullah dan membacanya. Surat itu berbunyi: "Wahai manusia yang beribadat di dua tanah haram (Hudhail bin Iyadh), sekiranya engkau ketahui bagaimana kami berjihad di medan perang...

(Betapa deritanya kami berada di medan peperangan, meninggalkan anak, isteri, keluarga, dan kerja-kerja untuk mengumpulkan harta benda sebagaimana orang lain.)

"Jika engkau tahu bagaimana keadaannya kami berada di medan perang nescaya engkau bermain-main dengan ibadat..."

(Walaupun beribadat di tanah haram itu 100,000 pahala beribadat di tempat lain namun ibadat yang kamu lakukan itu hanya bermain-main sahaja dengan ibadat itu.)

"Kalau sekiranya kamu berbangga, pipi kamu berlinangan dengan air mata kerana khusyuk beribadat di tanah haram maka ketahuilah kami berbangga dengan leher-leher kami di medan perang ini berlumuran dengan debu-debu dan darah."




Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 95