Friday, March 11, 2011

duduk sahaja

0 comments
Syair Abdullah bin al-Mubarak

Menandakan bahawa orang yang tidak berjihad tidak dikenakan dosa kecuali dalam keadaan jihad itu menjadi fardhu ain. Bilakah masanya jihad menjadi fadhu ain?

Jihad menjadi fardhu ain apabila musuh masuk ke negeri orang Islam ataupun musuh berada di sempadan negeri mereka dan akan melancarkan serangan pada bila-bila masa sahaja, menyebabkan negeri dalam keadaan bahaya.

Dalam keadaan ini, setiap orang wajib berjihad sebagaimana berlaku di Palestin dan Kashmir. Firman Allah yang bermaksud:

"Allah melebihkan satu darjat orang-orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka dari orang-orang yang duduk (kerana keuzuran). Untuk masing-masingnya Allah menjanjikan kebaikan." (Surah an-Nisa': 95)

Kedua-dua golongan itu Allah janjikan kebaikan iaitu mendapat ganjaran syurga walaupun mereka mempunyai perbezaan darjat atau kedudukannya di sisi Allah SWT.

Seterusnya Allah mengulangi firman-Nya yang bermaksud:

"Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dari orang-orang yang duduk (tanpa uzur) dengan pahala yang besar." (Surah an-Nisa': 95)

Kelebihan yang besar itu tidak dikurniakan kepada mereka yang tidak berjihad.

Satu peristiwa berlaku kepada Abdullah bin al-Mubarak yang terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu hadith dan ilmu-ilmu Islam yang lain sehingga diberi gelaran 'Amirul Mukminin'. Abdullah juga seorang alim yang berjihad dengan lidah, pena dan senjata. Dia adalah seorang ulama' yang dihormati, hidup di zaman Harun ar-Rasyid.

Suatu hari mereka berdua pergi ke Madinah tetapi tiba-tiba orang ramai mengerumuni Abdullah. Isteri Harun, Zubaidah seorang pemimpin projek membekalkan air di tanah haram juga melihat peristiwa itu.

Imam Malik yang turut lalu di situ, turun dari kenderaannya dan bertanya orang ramai: "Siapakah orang itu?" Orang ramai menjawab: "Dia adalah Abdullah bin al-Mubarak, seorang ulama'."

Zubaidah berkata kepada Abdullah: "Engkaulah amir bukan Harun (sebagai menghormati Abdullah bin al-Mubarak.")

Abdullah bin al-Mubarak mengutus surat kepada sahabatnya yang dikasihi yang juga seorang alim, al-Hudhail bin Iyadh. Beliau tinggal di Makkah, beribadat di tanah haram.

Al-Hudhail menerima surat dari Abdullah dan membacanya. Surat itu berbunyi: "Wahai manusia yang beribadat di dua tanah haram (Hudhail bin Iyadh), sekiranya engkau ketahui bagaimana kami berjihad di medan perang...

(Betapa deritanya kami berada di medan peperangan, meninggalkan anak, isteri, keluarga, dan kerja-kerja untuk mengumpulkan harta benda sebagaimana orang lain.)

"Jika engkau tahu bagaimana keadaannya kami berada di medan perang nescaya engkau bermain-main dengan ibadat..."

(Walaupun beribadat di tanah haram itu 100,000 pahala beribadat di tempat lain namun ibadat yang kamu lakukan itu hanya bermain-main sahaja dengan ibadat itu.)

"Kalau sekiranya kamu berbangga, pipi kamu berlinangan dengan air mata kerana khusyuk beribadat di tanah haram maka ketahuilah kami berbangga dengan leher-leher kami di medan perang ini berlumuran dengan debu-debu dan darah."




Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 95

0 comments:

Post a Comment