Wednesday, June 1, 2011

DISEBALIK FALSAFAH CUKA

0 comments
hari demi hari aku melalui perjalann untuk mencari jawapan..hari demi hari aku perlukan jawapan.. alhamdulillah sahabatku pesan kepada ku menganalisa berkaitan cuka..aku cuba memahami falsafah hadis ini..sebenarnya kita perlu mencari hikmah dan falsafah disebaliknya..


Hadis Pertama:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka: “Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka”. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka.” (HR Muslim)


acid citric/cuka banyak pada buah-buahan
Hadis Kedua:
عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Sebaik-baik lauk ialah cuka. “Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. (HR Ibnu Majah)
Cuka mempunyai beberapa khasiat:
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarkan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.
CUKA ANGGUR:

- Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).
- Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan stroke.
- Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).
- Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya.
- Melancarkan sistem penghadaman.
- Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).
- Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah.
- Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
- Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.
Khasiat CUKA EPAL:

- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
saya mula berfikir dalam satu program orang ramai di hidangkan air teh dan epal sebagai makanan lunch..alhamdulillah Allah semakin memberikanku jawapan..(PERJALANAN ITU MISTERI)

0 comments:

Post a Comment