Wednesday, August 10, 2011

~Layar Bahtera dipohon yang Rendang~

0 comments
saya yakin dan percaya apabila kita bergerak dalam satu pasukan pasti muncul mehnah dan tribulsi sepanjang bersama.maka saya nukilkan surat cinta ini untuk kebaikan kita bersama:

Fenomena bekerja dalam 1 pasukan

erti tarbiyah ialah menerima kebenaran meskipun ia datang daripda orang yang dibenci dan menolak kekhilafan meskipun ia datang daripada orang yang dikasihi.inilah hikmah yang tersusun rapi daripada pemikiran halus sahabat nabi yang bernama abdullah bin mas'ud ra.

jangan jadi seperti imamah/ lalang

tidak tetap pendirian,hanya mengikut pandangan orang ramai tanpa memiliki sifat kebijaksanaan tersendiri.tidak semestinya kebijaksanaan itu hanya terbit daripada mulut orang yang berilmu kerana ramai orang berilmu namun angkuh lagi sombong

mungkin kebenaran itu akan terpacul daripada sepasang bibir orang yang kurang ilmunya atau orang yang kita benci.kerana kebenaran itu hanya milik orang mukmin,maka pungutlah dari mana sahaja ia terpacul

tiada masa untuk terasa hati apabila berjuang

kisah aljailani di bagdad:
dia menyeru kepada penghuni bagdad.."bangkitlah dengan kesungguhan yang melangit".seorang bijaksana mengibaratkan hatinya yang kentalsebagai "jiwa yang bercahaya,dan keinginan yang membara".

kemudian ibrahim bin adham muncul dan menasihatkan 6 petuan orang soleh:

  1. tutuplah pintu kesenangan dan bukalah pintu kesengsaraan
  2. tutuplah ruang kesombongan dan bukalah sifat merendahkan diri
  3. tutuplah pintu bersantai dan bukalah pintu perjuangan
  4. tutuplah pintu tidur dan berjagalah diwaktu malam
  5. tutuplah pintu kekayaan dan bukalah pintu kemiskinan
  6. akhirnya tutuplah pintu harapan dan bukalah pintu kematian
tinggalkan dunia biarkan ia terpinga-pinga

sentiasa berlapang dada walaupun ia pahit untuk ditelan

fudhail bin 'lyad memberikan 5 kesengsaraan hati yang keras,mata yang beku malu yang sedikit cinta dunia dan panjang angan-angan

hati yang keras adalah hati yang sombong menerima kebenaran kerana berasakan diri sudah cukup mulia.ia mewarisi sifat iblis yang memikirkan api lebih mulia dari tanah

hati ibarat unta jika terlepas ia takkan segera melarikan diri.kalam hikmah dari ahmad al-antaki : jika kamu ingin memperbaiki hatimu maka jagalah lidahmu"

penawar hati oleh ibrahim al-khawwas:
  1. membaca dan merenung isi AQ
  2. mengosongkan perut
  3. bangun malam
  4. bermunajat diwaktu sahur
  5. bersama dengan orang soleh
menangislah ketika bermuhasabah

menurut ahmad bin abul khiwari: tangisan utama ialah tangisan seorang hamba yang menyesali berlalu masa tanpa beribadah

jangan malu menangis kerana sahabat nabi adalah orang yang gemar menangis,mereka menangis seolah-olah mereka berada di pinggiran neraka.
  1. Abdullah bin amru pernah menangis setelah mendengar nasihat sahabatnya abdullah bin umar
  2. abdullah bin rawahah dan hasan bin tahbit menangis bersama-sama dalam mengenangkan ketohooran mereka
pura-puralah menangis agar lama-kelamaan mata bisa mengeluarkan airnya.Nabi berpesan "bacalah AQ dan
menangislah sekiranya tidak mampu maka berpura-puralah menangis".

pesanan terakhir:

langit tidak sentiasa cerah adakalanya timbul awan yang akan menutupi tatkala menandakan akan munculnya hujan,maka awan xsentiasa menutupi langit kerana cahaya matahari sentiasa menanti.
langit=kehidupan
awan=ujian,mehnah dan tribulasi
cahaya matahari=bantuan Allah

0 comments:

Post a Comment