Monday, July 25, 2011

Info Herbalife

0 comments
Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes seawal tahun 1980. Seawal usia remaja, beliau mengambil semangat untuk mencari jalan penyelesaian dalam membantu manusia untuk ke arah kesihatan yang lebih baik dan menurunkan berat badan sejak kematian ibunya kerana mengambil pil langsing yang dibenarkan secara berlebihan. Atas semangat juang dan kental inilah, beliau telah membuat kajian mengenai keistimewaan herba sehingga ke negara China dan disulam dengan kecanggihan teknologi masa itu dengan menghasilkan produk Herbalife.


Setelah menjangkau lebih 31 tahun di pasaran dunia dan telah berada di Malaysia semenjak 2006, kesan positif mengenai produk ini semakin tersebar berikutan keberhasilan produk kesihatan ini. Ini semestinya adalah kerana mereka yang berada di belakang tabir syarikat ini bukanlah calang-calang orang. Mereka terdiri dari kalangan para saintis, doktor dan pakar pemakanan.



Herbalife merupakan syarikat terulung yang menawarkan produk berasaskan nutrisi selular. Konsep ini merupakan makanan nutrisi yang akan memperbaiki villi (sel), membantu menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan serta memulihara dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dalam tubuh badan kita.

Produk yang ditawarkan ialah produk nutrisi dalaman dan nutrisi luaran. Produk nutrisi dalaman dapat membantu kesihatan kita dari dalam dan menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan semulajadi pada luaran.

(A) Inner Nutrition (Nutrisi Dalaman)

(i) Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink 550g
- Hidangan menyihatkan yang mengandungi 19 vitamin perlu, mineral dan nutrien perlu yang lazat untuk membantu pengurusan berat badan.
- Rendah kalori
- Sangat mengenyangkan dan pemberi tenaga, sesuai sebagai pengganti makanan
- Kaya dengan sumber fiber
- Terdapat 5 jenis perisa yang sangat menyelerakan!

(ii) Blended Soy and Whey Protein Powder (Formula 3)
- Membantu pembinaan muscle
- Meningkatkan pertumbuhan lean muscle
- Memperbaiki tisu badan
- Tidak mengandungi gula, lemak mahupun laktose
- Membantu penstabilan pengambilan jumlah protein harian

(iii) Tea Mix - Lemon and Hibiscus (Original Taste atau Peach)
- Membantu mempercepatkan kadar pembakaran lemak dan kalori
- Membantu pemberi tenaga
- Melindungi badan daripada radikal bebas
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan juga ulser

Gabungan tiga produk utama di atas dapat membantu kita dalam pengurusan berat badan; samada untuk mengurangkan berat, menaikkan berat badan kepada berat yang lebih ideal mahupun untuk mengawal / maintain berat badan.

Lebih utamanya, produk ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur samada untuk bayi yang baru lahir sehinggalah ke golongan warga emas. Juga tiada pantang larang untuk wanita hamil mahupun yang menyusukan anak! Sukar untuk menjumpai produk pengurusan berat badan buat wanita yang hamil dan menyusu seperti Herbalife!

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara pemakanan dan harga yang ditawarkan.

Usah berfikir lebih lama kerana berfikir tanpa bertindak tidak memberikan sebarang manfaat buat anda!

0 comments:

Post a Comment