Tuesday, August 9, 2011

turun 20kg dalam masa 1 bulan

0 comments
<7 ogos 2011>
Alhamdulillah setakat ini..bagi sayalah(orang lain xpasti)..ini rekod yang paling banyak saya jumpa
saudara naza dari batu pahat turun berat badan 20kg DALAM MASA 1 BULAN SAHAJA mengambil herbalife..Allahuakbar,subhanAllah..ni sahaja lafaz yg mampu ku ucapkan..



semoga nikmat kesihatan ini dirasai seluruh ummat manusia yg sudah kritikal tahap kesihatan badan..lagi2 malaysia no 1 di asia obesiti & n 6 diperingkat dunia.

boleh PM: nawawi 014-8407838

Monday, August 8, 2011

Rintihan Ramadhan (khas buat ummi dan abah)

0 comments

Ya Allah..aku amat merindui ummi dan abah..tatapan wajah mereka menjadikan aku sentiasa rasa bersyukur dan kagum akan pengorbanan mereka..selalu rasa sebak tatkala menaiki motor pulang ke nilai bilamana meninggalkan rumah..tahun ini tahun yg paling banyak aku menangis tatkala terkenang kepada ummi dan abah..segala2 bermula dengan event herbalife yang menjadikan aku memahami apa itu erti kesihatan,kebahagiaan lebih2 lagi untuk ummi dan abah..semoga ummi & abah sentiasa sihat..(aku sentiasa doakan makanan nutrisi herbalife akan menjadi makanan asasi keluarga kami satu hari nanti..biiznillah)..lagu ramadhan ini khas untuk myfamily terutamanya ummi dan abah.

(inilah shake yg ku buat untuk sahur dalam bulan ramadhan bersama minum shake bersama ummi dan abah)

Tuhan...
Telah ku sering terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam
alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini
Laut penganmpunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar akan menjelma
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu
repeat verse 3

lirik by: Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi
sung by: Remaja Harapan Malaysia(Rufaqa')

Suasana Kebuluran di Afrika Timur

0 comments
"ya Allah murahkan rezeki aku, maka kau takdirkanlah aku untuk aku dapat memberikan bantuan ke insan2 ini..supaya aku dapat menjaga kebajikan mereka..ya Allah paling kurangpun aku dapat mengantar stok herbalife ke sana suatu hari nanti"
Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.
Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Bersyukurlah kita yang berada di Malaysia negara yang makmur dan aman damai. Kita bebas untuk makan apa sahaja dan bebas untuk kemana-mana. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita tengok gambar-gambar keadaan mereka di sana. Sumber daripada theatlantic.com.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.
Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api.
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.
Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.
Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.
Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.
Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley.
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia
Keadaan haiwan ternakan di sana.
Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.
Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas.
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011
Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.
Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia.
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011.
Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011.
Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Sunday, August 7, 2011

HERBALIFE MASUK TV3 MALAYSIA (SPORTS AMBASSADORS)

0 comments
tahniah herbalife..herbalife semakin popular dimalaysia..siap masuk tv3 lagi..so kepada yg xtahu apa itu herbalife sangat2 la rugi(klu bahasa kampung ketinggalan zaman)..herbalife sudah berumur 5 tahun di malaysia..masih baru lagi tapi dah meletup..klu siapa yg selalu g highway salalu nampak sign board herbalife dimerata tempat dah ada...so ramai kawan2 saya tengok saya asyik usung inner scanner (mesti mereka asyik tertanya..apa benda adalah 2)..so sesiapa yg xpernah wat pemeriksaan kesihatan dengan saya boleh PM: 0148407838

Wednesday, August 3, 2011

tahukah anda apa itu viseral fat?

0 comments

Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral , juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih sangat mudah dihilangkan daripada lemak visceral.


Penelitian telah menunjukkan bahawa manusia dengan lemak visceral lebih berisiko tinggi terhadappenyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi. Orang yang jarang bergerak, perokok dan peminum menunjukkan memiliki lebih banyak lemak intra-abdomen atau lemak viseral daripada orang yang aktif yang bukan perokok dan non-peminum. Stress mungkin juga menjadi faktor dalam pembentukan lemak visceral di dalam tubuh.

Menghilangkan lemak visceral lebih sulit daripada lemak subkutan karena lemak tersebut lebih kuat tertanam/menempel di dalam jaringan tubuh manusia. Lemak visceral hanya dapat diukur secara akurat oleh Mesin Pencitraan yang dapat melihat seberapa tebal lembaran lemak visceral yang menyelimuti/melapisi organ-organ tubuh. Seseorang mungkin berada dalam kisaran berat badan yang ideal/sehat, namun tidak menutup kemungkinan masih memiliki terlalu banyak intra-abdomen lemak di sekitar organ tubuh internalnya.
Hati memetabolisma kan lemak dan melepaskannya ke dalam aliran darah berupa kolesterol. Kolesterol yang berbahaya/buruk, yang rendah kadar-Density Lipoprotein (LDL), akan berubah menjadi sebuah plak yang menghalangi arteri (aliran darah).



Visceral body fat adalah yang paling membahayakan kerana ia ‘sukar dilihat dengan mata kasar’. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan sepanjang hayat. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“.TAPI bila ckp mengenai senama, ramai yg anggap ianya menyusahkan..so bagaimana? saya ada cara utk menyelasaikannya.
Ask ME how...

Monday, August 1, 2011

malaysia JUARA gemuk !!!

0 comments

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai antara paling gemuk di rantau Asia, dan ia satu trend membimbangkan kerana boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit kronik di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan Malaysia menduduki tangga keenam mengalami masalah kegemukan selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait dan Jordan.

“Malaysia menjadi negara yang mempunyai penduduk paling ramai mengalami masalah kegemukan di rantau ini (Asia) dan ini satu trend amat membimbangkan.
“Masalah ini semakin meningkat dan ia boleh mengancam nyawa rakyat di negara ini. Jika ia tidak ditangani, penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan tahap kolestrol tinggi akan terus meningkat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke-9 di Kementerian Kesihatan, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf.

Liow berkata, pada mesyuarat itu, MKMPK turut berbincang pendekatan terbaik menerapkan gaya hidup dan cara pemakanan sihat rakyat negara ini.

“Kalau kita lihat cara pemakanan rakyat kita sekarang ini, saya khuatir kerana lebih kepada minyak dan makanan bergoreng, semuanya bertambah lemak.

“Kalau makan daging lebih dari sayur atau buah-buahan, makanan ini semua menyebabkan kita bertambah gemuk setiap hari. Jadi, hari ini kita membincangkan panjang lebar termasuk bagaimana mengadakan program bulan nutrisi bagi memperkasa rakyat mengenai ilmu kesihatan dan kemahiran kesihatan...ini semua penting.
“Pada masa sama, saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek kesihatan, bermakna kita mula dari muda sejak tingkatan satu belajar mengenai kesihatan,” katanya.

Mengenai bakteria ‘superbug’, beliau berkata Bahagian Keselamatan Makanan kementerian akan menerajui pasukan kerja berkaitan ‘superbug’ di antara kementerian bagi memastikan bakteria itu tidak terdapat dalam makanan di negara ini.

“Kita akan mengadakan satu rangka kerja komprehensif untuk mengawal ‘superbug’ dalam rantaian makanan dan semua agensi perlu mengkaji semula perundangan dan garis panduan berkaitan kelulusan dan penggunaan ubat veterina.

“Kita akan mengkaji dan bekerjasama dengan semua jabatan berkaitan, malah kita yakin dapat mengawal denan baik. Malah, sehingga kini tiada kes yang dilaporkan, tetapi pada masa sama kita kena mengawal dulu penularannya sebelum terlambat,” katanya.

MENJAWAB FENOMENA HARGA HERBALIFE MAHAL

0 comments
JAWAPAN UNTUK ORANG YANG SELALU MENGATAKAN HERBALIFE MAHAL JOM BACA

Ramai yang sangat² berminat sebab produk dia memang terbukti  sangat berkesan!! Tidak dinafikan ramai yang meyakini produk nie TAPI....

Ini yang biasa saya dengar lepas explanation selama 15-20 minit tentang body information from body scan n the product itself..

"HERBALIFE mahal laa.."

"Aku student lagi, tak mampula nak beli"

"Nantila, tunggu aku kumpul duit dulu baru aku beli"

"Ko bolehla, ko ade duit"
 kita lagi sanggup keluarkan duit yang tak seberapa sangat sekarang untuk prevent penyakit atau kita lagi rela keluarkan duit yang lebih banyak masa akan datang untuk cure penyakit pulak either for medication or operation?

Tapi fakta-fakta yang ramai orang tak boleh nak nafikan ialah:

1. QUALITY PRODUCTS NORMALLY ARE EXPENSIVE

Kepada orang-orang yang selalu mementingkan jenama will understand this situation..
Kenapa setiap orang sentiasa dream of having at least 1 branded items for themselves..
Takde rasanya orang nak berebut² n beria² dengan kasut Jimmy Choo, Jeans Levi's dan hendbag Coach cetak rompak kan??
Semua ni sebab the quality and branding itself.
So do Herbalife, produk ni mahal sebab korang sendiri pon yakin dengan kualiti dan keberkesanannya. Kalau nak yang murah bolehlah try beli cetak rompak punya produk BUT jangan menyesal bila berat tak turun dan penyakit semakin banyak!
Change your mind set, kalau handphone, kasut, handbag, kamera mahal-mahak takpe tapi investing for your health pulak nak murah-murah..(camne nak pakai sume tu kalau dah sakit kan?)

2. PRIORITY FIRST

Ini plak type yang paling³ selalu la sangat saya jumpe. Herbalife mahalla, aku xmampu nak beli. Tapi bila megasale dialah orang yang mengusung 2-3 troli kat setiap shopping center. Berbelanja secara berhemat katanye, sebab belanja time sales.hehehe
Orang jenis camni lebih suke spend duit diorg beli baju baru, outing ngan kengkawan (karaoke,marathon tgk muvi), lepak McD@kedai mamak dan macam² lagi lah sampai xsedar yang perbelanjaan bulan tu dah -ve..
Tapi,cuba kita fikir balik. Semua tu cuma kehendak kita jek bukanlah keperluan utama dalam kehidupan nih. Korang tak rasa ke kesihatan is our priority. So, Let's Priority Come First!!

3. CARA UNTUK JIMAT DALAM HERBALIFE

Kalau tengok lose weight program kat atas tuh sesape yang nak lose weight will replace diorg punya breakfast n dinner with Herbalife shake dan cuma ambil 1 normal meal.

Jom kita blajar math sat..hehehe:

NASI CAMPUR: 1 pinggan nasi + 1 ekor ikan bakar + 2 jenis sayur-sayuran + air sirap = +RM 7.00

HERBALIFE SHAKE: 8.7g protein + 2.4g fiber + 89 calories + 2.4g fat = RM 7.50

Bila dikira-kira semula perbelanjaan kita semasa mengamalkan program lose weight dengan Herbalife dan sebelum program adalah sama jek kan. Mungkin lebih jimat sebab korang tak lagi spend untuk titbits macam coklat or biscuits in between meal. Air manis pon tak digalakkan sangat². Dah jimat lagi kat situ kan. So, think before we easily conclude k.=)

4. LASTLY, THINK ABOUT YOUR HEALTH FIRST

Allah kurniakan kita tubuh badan yang sihat dan sempurna masa dilahirkan. Mungkin ada jugak yang kurang sempurna tapi tu bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan kita sebab dah dilahirkan tak sempurna. The point is, Allah dah pinjamkan kita yang terbaik tapi nak ke kita pulangkan kepada Dia nanti anggota yang dah kena potong sebab kencing manis, jantung yang dah berlubang², dan anggota badan yang penuh dgn macam² penyakit.

Anggota badan dan kesihatan yang dipinjamkan pada kita nie adalah AMANAH daripada Allah. As a muslim bila kita dah diberikan amanah kita kenalah jaga dia dengan sebaik mungkin. Lainlah kalau dah memang ditakdirkan seseorang tu meninggal akibat accident or kebakaran ke. Yang tue memang takdir yang tak dapat dielakkan. But, sebelum kita berserah kepada takdir kita kenalah jugak berusaha untuk menjaga AMANAH yang diberikan kepada kita kan?


The choice is in your own hand. If you really think about your health and want to change for the healthier life just let me know. Saya akan cuba sedaya upaya dengan ilmu yang sedikit ini untuk membantu korang semua menjadi sihat. boleh hubungi saya di:
MUHAMMAD NAWAWI MUNIR
014-8407838