Tuesday, March 15, 2011

Ultraman lari Ulama' mencari

0 comments
Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta
kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H


Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432
kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..


"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."


Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.


Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.


Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53

Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.


Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.


Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.


Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.


Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..


Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..



copy from email.

bersediakah hati ini untuk dimiliki?

0 comments


Hampir satahun aku memegang amanah ini..sejauh mana hati ini dimiliki?? 


Mana milik kita?

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya


Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

 Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

 Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya



*malu dan syahdu mengenangkan lirik lagu ini..sememangnya memberi kekuatan untuk teruskan kehidupan ini..

Friday, March 11, 2011

duduk sahaja

0 comments
Syair Abdullah bin al-Mubarak

Menandakan bahawa orang yang tidak berjihad tidak dikenakan dosa kecuali dalam keadaan jihad itu menjadi fardhu ain. Bilakah masanya jihad menjadi fadhu ain?

Jihad menjadi fardhu ain apabila musuh masuk ke negeri orang Islam ataupun musuh berada di sempadan negeri mereka dan akan melancarkan serangan pada bila-bila masa sahaja, menyebabkan negeri dalam keadaan bahaya.

Dalam keadaan ini, setiap orang wajib berjihad sebagaimana berlaku di Palestin dan Kashmir. Firman Allah yang bermaksud:

"Allah melebihkan satu darjat orang-orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka dari orang-orang yang duduk (kerana keuzuran). Untuk masing-masingnya Allah menjanjikan kebaikan." (Surah an-Nisa': 95)

Kedua-dua golongan itu Allah janjikan kebaikan iaitu mendapat ganjaran syurga walaupun mereka mempunyai perbezaan darjat atau kedudukannya di sisi Allah SWT.

Seterusnya Allah mengulangi firman-Nya yang bermaksud:

"Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dari orang-orang yang duduk (tanpa uzur) dengan pahala yang besar." (Surah an-Nisa': 95)

Kelebihan yang besar itu tidak dikurniakan kepada mereka yang tidak berjihad.

Satu peristiwa berlaku kepada Abdullah bin al-Mubarak yang terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu hadith dan ilmu-ilmu Islam yang lain sehingga diberi gelaran 'Amirul Mukminin'. Abdullah juga seorang alim yang berjihad dengan lidah, pena dan senjata. Dia adalah seorang ulama' yang dihormati, hidup di zaman Harun ar-Rasyid.

Suatu hari mereka berdua pergi ke Madinah tetapi tiba-tiba orang ramai mengerumuni Abdullah. Isteri Harun, Zubaidah seorang pemimpin projek membekalkan air di tanah haram juga melihat peristiwa itu.

Imam Malik yang turut lalu di situ, turun dari kenderaannya dan bertanya orang ramai: "Siapakah orang itu?" Orang ramai menjawab: "Dia adalah Abdullah bin al-Mubarak, seorang ulama'."

Zubaidah berkata kepada Abdullah: "Engkaulah amir bukan Harun (sebagai menghormati Abdullah bin al-Mubarak.")

Abdullah bin al-Mubarak mengutus surat kepada sahabatnya yang dikasihi yang juga seorang alim, al-Hudhail bin Iyadh. Beliau tinggal di Makkah, beribadat di tanah haram.

Al-Hudhail menerima surat dari Abdullah dan membacanya. Surat itu berbunyi: "Wahai manusia yang beribadat di dua tanah haram (Hudhail bin Iyadh), sekiranya engkau ketahui bagaimana kami berjihad di medan perang...

(Betapa deritanya kami berada di medan peperangan, meninggalkan anak, isteri, keluarga, dan kerja-kerja untuk mengumpulkan harta benda sebagaimana orang lain.)

"Jika engkau tahu bagaimana keadaannya kami berada di medan perang nescaya engkau bermain-main dengan ibadat..."

(Walaupun beribadat di tanah haram itu 100,000 pahala beribadat di tempat lain namun ibadat yang kamu lakukan itu hanya bermain-main sahaja dengan ibadat itu.)

"Kalau sekiranya kamu berbangga, pipi kamu berlinangan dengan air mata kerana khusyuk beribadat di tanah haram maka ketahuilah kami berbangga dengan leher-leher kami di medan perang ini berlumuran dengan debu-debu dan darah."




Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 95