Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul

0 comments


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan. 

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah. 

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Bulan Rabiulawal

0 comments

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Monday, February 7, 2011

Chelsea 2011

0 comments

Dalam sebuah organisasi kita tidak boleh mengharapkan figura baru mencetuskan perubahan dengan sekelip mata.Grooming ahli  adalah nilai yang utama dan strategi yang cukup berkesan dalam satu pasukan.Kita perlu memberikan kepercayaan dan bersikap optimis kepada ahli-ahli organisasi for achieve VMO.

Pemimpin yang baik adalah sentiasa terbuka dan berani menerima segala kritikan yang bernas.sebagai seorang pemimpin dalam organisasi fasa pertama yang perlu dilakukan adalah grooming ahli untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Jika kita analisa penampilan pertama Torres bersama kelab barunya gagal memberi sebarang mata namun sebaliknya pasukan lamanya, Liverpool yang mengaibkan Chelsea apabila menumpaskan The Blues 1-0 di Stamford Briedge.


Dalam aksi di Stamford Briedge  malam semalam, Chelsea menguasai permainan namun gagal menembusi pintu gol Liverpool yang dikawal Riena. Torres bermain bersama Drogba dibahagian penyerang yang dilihat pasangan terbaik namun keduanya gagal menembusi gawang Liverpool.
Inilah hakikat sebuah pasukan/organisasi.Kita tidak boleh selalu mengharapakan keajaiban berlaku dan perubahan yang berterusan kerana kesefahaman adalah priority yang utama dalam pasukan.

Tidak cukup hanya taaruf semata-sama,tetapi dalam organisasi kita perlu melengkapkan rukun keluarga yang seterusnya iaitu tafahhum( saling kenal mengenali antara satu sama lain) dan juga takaful(Merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya).

Fernando Torres menjadi pemain ketiga paling mahal dalam sejarah perpindahan pemain di belakang Christiano Ronaldo dan Kaka yang berpindah dari Manchester United dan AC Milan ke Real Madrid. Dengan nilai £50 juta (RM245.5 juta)  Fernando Torres kini sah milik Chelsea apabila melengkapkan perpindahan 30minit sebelum pintu perpindahan ditutup.


Pelaburan Chelsea ke atas Torres yang mencatatkan perpindahan paling mahal dalam sejarah bolasepak England masih gagal memberi pulangan awal.
“ Kami tidak bermain dengan baik. Persembahan kami tidak cukup bagus untuk memenangi perlawanan ini. Pertahanan Liverpool bertindak cemerlang dan kami tidak menjumpai ruang”. Carlo Ancelotti.

Sikap carlo Ancelotti perlu dicontohi sebagai seorang pemimpin kerana sentiasa optimis dengan keputusan yang sudah berlaku,jiwa besar dan harapannya kepada pasukan Chelsea adalah tinggi
 Jurulatih warga Itali itu percaya dengan  pembelian mahalnya itu bakal berbaloi dan memberi pulangan lumayan kerana ia adalah perlawanan pertama Torres untuk The Blues. 


Penyerang kebangsaan Sepanyol itu tenggelam dan kemudian dikeluarkan pada minit ke-66 sambil langkahnya diiringi ejekan penyokong Liverpool yang menikmati saat-saat indah dapat membalas dendam terhadap bekas idola mereka - tujuh hari selepas perpindahan kontroversi ke Stamford Bridge yang memecah rekod Britain.

“Kita perlu memberinya peluang untuk mendapat rentak dan dia mampu melakukannya dengan cepat. Ini normal. Masalah bukan daripada pemain kerana mereka semua berkualiti dan saya akan cuba lakukan segala-galanya untuk menggandingkan mereka,” kata Ancelotti. 

Selepas Torres yang gagal menunjukkan keserasian dengan Didier Drogba dikeluarkan, pemain tengah Raul Meireles memecah kebuntuan dengan jaringan tunggal kemenangan pada minit ke-69.

Friday, February 4, 2011

Pemerintahan diktator Mesir siri (1)

0 comments

 3 kepimpinan abad ke 20.

  1. Jamal Abdul Nasir  
  2. Anwar Sadat 
  3. Hosni Mubarak.
Pemerintahan Jamal Abdul Nasir

 
Wilayah Sinai

 
Wilayah Sinai
merupakan wilayah jajahan takluk Mesir ketika era awal-awal pemerintahan Mesir dan Mesir diiktiraf sebagai Negara Islam.


Lembah Sinai telah dijajah oleh Israel ketika zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir.
Tentera Mesir telah berjaya menawan semula Sinai dengan ketumbukan tentera yang telah dibangkitkan roh-roh perjuangan kebangsaan dan nasionalisme Mesir.

Apa yang terjadi selepas berjaya menawan Sinai?

  1. maka rakyat dan pemimpin Mesir dibuai dan ditenggelami dengan nafsu 
  2. hiburan yang melalaikan 
  3. kuasa yang menindas, kezaliman yang berleluasa, dan sebagainya. 
  4. Islam dipinggirkan begitu sahaja kerana perjuangan yang bersifat naionalisma 
  5. Anggota Ikhwan Muslimun dipenjara, pendakwah-pendakwah ditindas dan dibunuh,  
  6. Gerakan Islam diharamkan, dan hilang hak-hak bersuara. 
  7. memenjara dan membunuh sejumlah besar anggota Ikhwan Muslimun. Anggaran bilangan anggota Ikhwan Muslimun yang dipenjara dan dibunuh pada zaman tersebut melebihi 40000 ahli.
Bukti yang menunjukkan Jamal Abdul Nasir menolak islam:
“Palestin adalah Negara Palestin, dan wilayah Mesir adalah wilayah Mesir, maka tiada hubungan diantara Palestin dan Mesir”. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa perjuangan di bumi Mesir merupakan perjuangan yang berasaskan bangsa dan nasionalisme sahaja dan tidak ada kena mengena dengan Islam.


Kaum Yahudi mengambil kesempatan atas kelemahan pemerintahan Jamal Abdul nasir yang mementingkan budaya Hedonisma dan akhirnya Kaum yahudi menawan semula wilayah Sinai
Presiden Mesir dan jeneral tentera Mesir sendiri, Jamal Abdul Nasir mengisytiharkan dirinya sendiri bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir


Namun, atas desakan rakyat agar beliau tidak meletakkan jawatan, dan belas kasihan rakyat yang mengagung-agungkan Jamal Abdul Nasir yang suatu ketika dahulu telah berjaya memerdekakan wilayah Mesir (Sinai) dari belenggu penjajahan, maka Jamal Abdul Nasir telah menyandang jawatan presiden tersebut sehingga beliau meninggal dunia.
 

Pemerintahan Anwar Sadat
 
Anwar
sadat menggantikan Jamal Abdul Nasir.Anwar Sadat yang juga merupakan anggota tertinggi dalam barisan ketenteraan Mesir.


Konspirasi Kebaikan Anwar sadat.

 
Pertukaran jawatan presiden kepada Anuar Sadat sedikit sebanyak telah memberikan kebebasan kepada rakyat-rakyat yang memperjuangkan agama Islam tercinta khususnya Ikhwan Muslimun.
Era
kezaliman Jamal Abdul Nasir bertukar corak apabila sejumlah besar anggota Ikhwan Muslimun dibebaskan dari penjara tentera, ceramah-ceramah agama dan dakwah Islam semakin berkembang tanpa sekatan.

Kenapa Anwar Sadat mahu membebaskan Ikhwanul Muslimin?
Strategi  untuk mendapatkan semula wilayah Sinai yang telah sekian lama ditawan oleh Yahudi. Dengan menggunakan anggota-anggota untuk menakluki wilayah Sinai.


Mengapa Anwar Sadat terlalu bergantung kepada Ikhwanul Muslimin?
Beliau mengetahui bahawa dengan kekuatan JIHAD umat Islam sahajalah dapat mengembalikan semula keizzahan Islam dan wilayah Sinai dalam menghadapi golongan Yahudi dan kuffar


Anwar sadat pernah mengganggotai Ikhwan?
beliau merupakan salah seorang anggota Ikhwan suatu ketika dahulu. Begitulah apa yang dikatakan orang munafik, ketika mana mereka di dalam kesusahan, barulah mereka meminta bantuan pejuang-pejuang Islam untuk membantu mereka, dan ketika mana mereka di dalam kesenangan, mereka menindas pejuang-pejuang Islam sendiri. Inilah apa yang dilakukan Anuar Sadat terhadap pejuang-pejuang Islam.


Pada zahirnya, Anuar Sadat disifatkan sebagai seorang pejuang Islam dan pejuang keamanan di media-media massa Mesir memandangkan beliau memberikan kebebasan kepada pejuang-pejuang Islam,

Wilayah Sinai
kembali ditawan
Ikhwan Muslimin berjaya menembusi kubu pertahanan yang dikatakan kubu yang paling kukuh di dunia. Kubu tersebut terletak di timur Sinai, dan akhirnya Ikhwan Berjaya menawan kembali wilayah Sinai yang telah sekian lama dirampas oleh Yahudi Israel.

Tercetusnya Perjanjian Camp david.
Ikhwan Muslimun hampir-hampir berjaya menawan Jerusalem al-Quds (Palestin) dari penguasaan Yahudi. Namun, satu arahan dan orde baru telah dikeluarkan oleh Anuar Sadat dengan perintah kuasa-kuasa Dunia seperti Amerika untuk menghentikan peperangan atas alas an kononnya misi keamanan dunia


gambar di sebalah kiri adalah Jimmy carter bersama Anwar Sadat

Perjanjian Camp David?
Presiden Mesir Anwar Sadat telah menandatangani perjanjian damai di bawah pelan Camp David dengan Menachem Begin Perdana Menteri Israel pada 1978 diselenggarakan untuk 'perdamaian' di Timur Tengah oleh Presiden AS Jimmy Carter . semua negara Arab lain menolak pelan damai dengan Israel kecuali Mesir.Mesir negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel.Mesir ketika itu berkiblatkan As dan Israel.

 
Apakah di sebalik Perjanjian itu?
Orang-orang Yahudi ingin menyekat kemaraan pejuang Islam untuk menawan Jerussalam. Kononnya perjanjian tersebut atas dasar untuk menjaga keamanan negara dan misi keamanan dunia, namun pada hakikatnya, perjanjian tersebut menyekat Ikhwan muslimun dari berkuasa dalam usaha untuk menyebarkan Islam. 


Antara isi perjanjian damai tersebut, Yahudi Israel serta Amerika akan membekalkan segala bentuk ekonomi seperti bekalan roti harian secara percuma kepada Mesir, namun mereka meletakkan syarat bahawa negara Mesir tidak boleh berkompromi dan tidak mempunyai sebarang perkaitan tentang segala isu yang berlaku di Palestin

Kesan perjanjian

  1. Wilayah Sinai akhirnya dapat ditawan semula oleh Mesir 
  2. Mesir mendapat bekalan makanan, dan ekonomi dari kuasa besar dunia seperti Amerika.  
  3. Di sebalik perjanjian damai tersebut, hakikatnya umat Islam telah ditindas sekali lagi kerana tidak diberi kebebasan memberikan kemerdekaan kepada Palestin dan Islam itu sendiri.
  4. Anggota Ikhwan telah diperalatkan hanya semata-mata untuk kepentingan pemerintah Anwar Sadat untuk mengembalikan semula wilayah Sinai yang telah dirampas. Ini membuktikan bahawa orientasi perjuangan Anwar Sadat hanya berasaskan kebangsaan dan kepentingan peribadi semata-mata bagi mendapat kemegahan dan nama di mata masyarakat, walhal beliau mempergunakan tentera Islam untuk menakluk kembali lembah Sinai tersebut.

Mesir telah tertipu
Mesir telah memperoleh kembali hak wilayahnya (Sinai) dan kesenangan demi kesenangan telah diperoleh di Mesir yang dibekalkan oleh negara-negara Barat.


Bahkan, perjuangan membebaskan Palestin dari cengkeraman Barat dan Yahudi telah disekat disebabkan termeterainya perjanjian tersebut 


Ekonomi Mesir sangat bergantung kepada wilayah Barat. Presiden Mesir Anwar Sadat telah diagung-agungkan sebagai pejuang Islam


Anwar Sadat Kononnya Pejuang islam

  • Pada hakikatnya beliau mempergunakan nama Islam dan pejuang Islam untuk menawan kembali wilayah Sinai.  
  • Beliau tidak lebih hanya untuk mendapat nama di mata masyarakat bahawa beliaulah pejuang Islam yang telah mati ditembak ketika Hari Pahlawan (Tentera) yang berlangsung sekitar tahun 1970-an.  
  • Namanya disemadikan sebagai pejuang syahid, namun pada hakikatnya beliaulah menyekat kemaraan Islam.  
  • Rakyat-rakyat Mesir pula telah digembar-gemburkan dengan kepimpinan beliau yang berjuang untuk Islam, tetapi hakikatnya mereka telah ditipu 
  • Anwar Sadat hanyalah boneka Amerika dan Yahudi. Jasanya diagung-agungkan di muzium kebangsaan Mesir, dan kepimpinannya diuar-uarkan bahawa beliau seorang pejuang mati syahid yang telah ditembak ketika Hari Pahlawan.


Kepimpinan Hosni Mubarak
 
Hosni Mubarak
juga mempunyai pemikiran yang tidak jauh berbeza dengan Anuar Sadat dan Jamal Abdul Nasir, bahawa perjuangannya hanyalah berasaskan kebangsaan atau bangsa dan wilayah Arab semata-mata.


Disebabkan terikat dengan perjanjian damai yang telah termeterai di antara Yahudi (Israel) dengan Mesir pada zaman pemerintahan Anwar Sadat, Mesir tidak membuka sempadannya bersebelahan dengan Negara Palestin di Rafah bagi pelarian Palestin memasuki Mesir di situ kerana terikat dan sangat bergantung kepada Amerika khususnya dalam sektor ekonomi negara Mesir.